Habis? Bukan, kita baru mula!

Selesai sudah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 pada 28 Mac lalu. Mungkin ada teman-teman yang telah menarik nafas lega – mengikut tahun-tahun terdahulu, PBAKL adalah antara perkara paling besar yang kami kerjakan. Namun untuk staf di jabatan saya – haruslah diketahui bahawa kita baru bermula dan banyak lagi yang akan kita kerjakan.

Bila berbual dengan Cik Puan Boss siang tadi, semacam saya di’inject’ dengan semangat baru… Bukanlah kata-kata Cik Puan Boss membomoh atau memukau saya, cuma projek-projek yang disebutnya buat saya teruja. Bayangkan ‘kota buku’, ‘terjemahan rakyat’, ‘hang tuah’, ‘frankfurt’..bla..bla..bla..bla..bla..bla.. semua itu cukup mengujakan – tapi, bukan saya yang buat semua ni.

Selalunya peranan saya sangat kecil. Sedikit menyedihkan, tapi biarlah… mudah-mudahan yang kecil itu berhasil baik. Dan doa saya agar suatu hari nanti, yang kecil itu akan bertukar besar. =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s