TERIMA KASIH DAUN KELADI


Dalam usia saya 27 tahun dan 2 hari, pada hari ini, Ahad 7 Mac 2010 – saya suka untuk mengambil kesempatan bagi berterima kasih kepada semua pihak yang memanjangkan doa buat saya pada ulang tahun hari lahir saya, 5 Mac 2010 lalu.

Seronok sekali menerima ucapan hari lahir. Tahun ini lebih-lebih lagi, melalui telefon – SMS dan  roger (panggilan telefon). Juga kiriman salam melalui teman-teman yang berurusan (senang berjumpa), serta Facebook – kiriman pautan lagu dan lain-lain. Terima kasih banyak-banyak.

Tak lupa juga untuk Kyong, Adik, Iza dan Ros yang celebrate birthday saya. Popot (kucing) pun menanti saya malam tu – selalunya ia tidur bila saya balik lewat. Mujur, kali ini ada soft drink, tahun sebelumnya setiap kali potong kek airnya teh (waktu itu, tak ambil minuman bergas).

Juga terima kasih kepada rakan sepejabat yang buat kejutan ‘roti’ kepada saya. Yang bagi idea kejutan dan yang menaja kek. Jujurnya, saya fikir semua memang benar-benar lupakan hari lahir saya… Jadi saya telah fikir rancangan lain untuk ingatkan mereka keesokkannya. Tak jadilah, sebab mereka ingat semula tarikh keramat itu…  Apapun terima kasih semua.

Sayang semua =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s