AKUR JANJIKU

Saya percaya, bahawa manusia bermaruah itu adalah manusia yang amanah dengan janjinya. Pada saya, tiada apa yang perlu dikesalkan – asal saja ada usaha dibuat demi menepati janji. Sebaliknya jika tak mencuba, dan akhirnya janji itu terabai dengan sengaja – itu kita patut bagi PENAMPAR sahaja kepada si pembuat janji.

Saya sediakan bahan untuk post ini selepas pulang dari Josco, makan-makan dengan kawan malam tadi. Kami berbual tentang kerja masing-masing. Susah dan payahnya saya adalah seratus kali susah dan payahnya dia. Semoga dia tabah berdepan semua ini, kerana dia ‘terpilih’. Itulah janjinya kepada dirinya! Saya yakin segalanya akan berjaya!

Memakai kata-kata Big Boss saya “lebih baik sibuk kerja daripada sibuk mencari kerja..” setujulah sangat. Saya juga rasa ada benarnya kata-kata kata ini, “kerja nak gaji: mulanya dengan punch in, akhir punch out…  kerja dengan membodek: mulanya perlu manis mulut, akhirnya faham-faham sendirilah – mulut orang tak boleh ditutup… kerja untuk kepuasan: mulanya tekanan, akhirnya pencapaian – pencapaian gemilang…”

Gitulah… dan untuk dapat pencapaian gemilang, tentu saja ada kekangan dan halangan. Adakalanya kekangan itu datang daripada diri kita sendiri. Itulah yang paling payah…

Sewaktu mengendali beberapa sesi motivasi pelajar sekolah dulu, saya dapati elemen muzik sangat hampir dengan pelajar. Satu muzik itu hiburan, dua muzik (lirik) itu difahami dan tiga muzik (melodi) menenang dan menyenangkan – justeru pelajar mudah mempengaruhi jiwanya yang ‘down‘ selepas mendengar lagu motovasi atau lagu yang boleh mengangkat semula semangat mereka. Saya fikir elemen muzik ini juga boleh ‘masuk’ untuk kebanyakkan orang – termasuk saya sendiri, kerana ‘muzik itu hampir sangat dengan kita’.

Saya mahu kongsikan beberapa klip video lagu-lagu berbentuk itu. Mungkin saja ia boleh menjadi sesuatu yang mengangkat semula semangat dan motivasi diri kita.

Untuk peminat bola sepak antarabangsa – tentu tehu lagu tema Livepool ini. Lagu ini telah dinyanyikan oleh banyak seniman tersohor dunia seperti Elvis Presley, Frank Sinatra, Gerry and the Pacemakers dam Barbara Streisand. Untuk yang ber’melodi’ baru boleh juga dengan nyanyian Jordin Sparks. Bagi yang gemar jenis lagu yang lebih berat (rock) mungkin akan suka persembahan A.C.A.B. atau the Adicts. Untuk saya sendiri, saya paling suka lagu ini yang disampaikan oleh Sissel (American Idol).

Satu lagi lagu yang menarik – boleh dijadi pembakar semangat adalah lagu Rod Steward, iaitu Faith of the Heart. Bagi penggemar filem Star Trek tentu ingat lagu ini telah menjadi lagu tema filem tersebut.

Untuk lagu Melayu, banyak juga lagu-lagu begini – tapi anda unsur kenegaraan. Sebaiknya diterapkan unsur itu selepas jatidiri telah benar-benar kental.

Saya suka yang ‘sempoi’ tapi memberi makna – buat saya berfikir semula! Lagu ini setidaknya berjaya buat diri saya ‘cool’ bila berdepan kesukaran. Bila dah tenang, barulah boleh fikirkan langkah seterusnya untuk berdepan setiap masalah. Taklah jatuh terduduk sebelum berlari semula… Lagu Hadapi Dengan Senyuman, dari kumpulan popular Indonesia – Dewa19.

Selamat menonton!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s