BUAT APA UNTUK PBAKL 2010

Pesta buku datang lagi…

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) memang saya tunggu setiap tahun. Dan saya juga tahu menjelang PBAKL adalah masa bersengkang, masa terkejar itu ini, masa dicabar dengan kepayahan untuk membuat yang itu dan yang ini serta bagaimana berusaha mengatasi masalah yang begitu dan yang begini… Tapi kekangan kini, mungkin sudah tidak sebanyak tahun-tahun sebelum ini. Tambah pula, rakan sepasukan nampaknya tenang dan ‘cool’ saja. Saya? – selalu gabra!

Tahun ini Ketua Jabatan membahagikan program/aktiviti/gerak kerja kepada setiap anggota pasukan – bagaimanapun kami diberi kelonggaran untuk memilih sendiri mana-mana program/aktiviti/gerak kerja yang kami suka. Saya sendiri memilih aktiviti promosi: Promosi Melalui Facebook (Fb) Staf dan aktiviti ketika PBAKL 2010: Sesi Autograf Bersama Sasterawan.

Untuk Promosi Melalui Fb Staf – saya tukarkannya dengan ‘Skuad Promosi ITNM di Fb’. Saya gunakan tagline “dari ITNM untuk ITNM” kepada semua staf yang bersetuju menjadi ejen mempromosi dan menghebahkan kegiatan/aktiviti ITNM sempena PBAKL 2010. Alasannya, ‘syarikat membenarkan itu dan ini untuk staf (termasuk menggunakan Fb) dan apakah payahnya staf meluangkan kurang lima minit untuk mengirim maklumat hebahan menerusi ‘dinding’ Fb masing-masing’. Sayang sekali, mungkin kerana kurang gerakkan promosi dan kekangan masa staf kerana melaksana tugas hakiki – tidak ramai staf yang menyertai… Mujur saja ada beberapa teman yang masih aktif membuat hebahan.

Untuk Sesi Autograf – saya masih diperingkat awal, surat jemputan kepada sasterawan akan dikirim dalam tempoh terdekat. Saya mencadangkan Prof. Mohamad (SN Mohamad Haji Salleh), Pak Agi (Abdul Ghafar Ibrahim), Prof. Zeck (Zakaria Ali), Ustaz Azizi (Azizi Ali), Dr. Siti Zainon Ismail, Rahman Shaari, Zurinah Hassan atau Khadijah Hashim dalam sesi ini. Tentu saja kesempatan memperkenalkan sasterawan ini, secara langsung akan merangsang peningkatan jualan buku mereka yang diterbitkan ITNM dalam koleksi Siri Sastera Malaysia.

Nampak macam ‘sikit’ tugas saya untuk PBAKL kali ini kan? Saya pun rasa begitu – mungkin saja sebab tahun ini jabatan saya melancarkan gerakkan dalam kumpulan yang lebih besar daripada sebelumnya.

Nota: Doakan semua yang dirancang berjalan lancar dan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Insya-Allah. =)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s