RM10 RIBU – HADIAH ITNM UNTUK PENGULAS BUKU

Kalau tahun lalu, ITNM sediakan Peroduan MyVi dan wang tunal lebih RM55,000.00 untuk pembeli buku terbitan ITNM. Kali ini ITNM masih sediakan ganjaran yang tidak kurang hebatnya – kali ini lebih menghargai pencinta buku, iaitu pengulas buku.

Tanpa sebarang had maksimum, semua penggemar buku ITNM boleh mengulas buku terbitan kami (ITNM) dan menyiarkannya di laman blog/Facebook masing-masing. Untuk melayakkan penyertaan, penulis ulasan hanya perlu mengirim/memautkan ulasan tersebut di Facebook ITNM. Sehingga kini, banyak penyertaan yang diterima. Tentunya cabaran untuk jawatankuasa khas yang akan dibentuk untuk menilai dan memilih 10 ulasan terbaik yang akan dipamerkan kepada pengunjung dan pembeli buku ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 nanti.

Kemenangan 10 pengulas buku terbaik – pilihan jawatankuasa khas, seterusnya terletak ditangan pengunjung dan pembeli buku ITNM. Untuk pengulas tersebut, saya kira bolehlah mula mengatur strategi untuk memastikan ulasannya menjadi pilihan dan berjaya dinobatkan sebagai pemenang. Anatara yang boleh saya fikirkan:

1) ajak kawan-kawan, jiran dan saudara mara berbelanja buku di gerai ITNM – tentunya akan diberi borang mengundi dan undilah ulasan berkenaan agar berada dikedudukan teratas;

2) gunakan Facebook – maklumkan kepada rakan Facebook pengulas, untuk menyokong dan ingatkan agar tidak lupa mengundi ulasan tersebut

3) rakan sepejabat – pengaruh rakan sepejabat untuk membeli belah di PWTC sewaktu PBAKL, terutama buku kanak-kanak (kerana ITNM ada menjual banyak buku ilmiah kanak-kanak) dan sekali lagi ingatkan mereka untuk undi ulasan anda

4) Pastikan seluruh ahli keluarga – menyampaikan maklumat yang sama ‘menyokong dan ingatkan agar tidak lupa mengundi ulasan tersebut’ kepada kawan-kawan, jiran, saudara mara, rakan Facebook dan teman sepejabat mereka.

5) berbelanjalah sedikit – kali ini ajak anak saudara, sepupu atau adik-adik teman wanita/lelaki membeli belah digerai ITNM. Kemudian suruh mereka mengundi ulasan tersebut. Tentunya mereka akan undi… =)

Untuk yang belum menyertai peraduan ini dan berhasrat menyertainya, saya amat mengalu-alukan penyertaan anda. Klik maklumat ini Peraduan_Facebook.pdf, untuk huraian lanjut tentang cara menyertainya. Mudah sahaja… atau semak sahaja di www.itnm.com.my

Secara ringkasnya Peraduan Ulasan Buku ITNM di blog/Facebook adalah seperti ini: mulakan dengan membaca buku terbitan ITNM (satu buku untuk satu ulasan), kemudian rangkalah bentuk ulasan dan ambil gambar buku berkenaan untuk dimuatkan dalam ulasan nanti. Usai menulis ulasan dan memilih gambar untuk ulasan berkenaan, bolehlah ia disiarkan di Facebook (bahagian nota) atau di laman blog peribadi anda, sesudah itu pastikan anda kirimkan pautan ulasan tersebut di dinding Facebook ITNM. Jangan lupa sertakan maklumat peribadi anda sewaktu anda memautkan ulasan tersebut.

Menerusi peraduan ini, ITNM sekali lagi menggunakan pengunjung/pembeli untuk menggerakkan peraduan. Dan untuk itu, pengunjung/pembeli akan menerima sebuah miniatur (buku nota) yang dicetak dengan kulit buku terbitan ITNM. Contohnya yang sentiasa mendapat sambutan menggalakkan (permintaan melebihi julah cetakan) seperti buku Kampung Boy, Keberanian Menggapai Harapan, Menakhoda Zaman dan Politik Baru. Tapi untuk hadiah kali ini, miniataur akan dicetak dengan enam kulit buku baru terbitan ITNM.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s