RAJUK DI HATI

Sayu hati saya memahami ‘rajuk’ seorang teman. Lebih sayu lagi, bila diri sendiri merasa ‘rajuk’ yang sama. Selalunya rajuk berpunca daripada perbuatan, tindakan atau perkataan yang mengakibatkan wujud perasaan ‘terasa hati’ atau ‘ambil hati’ di pihak yang merajuk.

Tak kiralah berkaitan isu hubungan percintaan, persahabatan, pekerjaan, layanan kekeluargaan atau apa saja, yang penting rajuk hanya muncul dalam diri ‘seseorang yang mengambil berat’. Pendek kata, si perajuk sebenarnya punya perasaan sayang dan sentiasa mahu menjaga keharmonian hubungannya dengan orang yang menjadi punca rajuk itu. Kalau pun bukan seperti sayangkan kekasihnya, ia seperti sayangkan kawan-kawan, majikan, kenalan dan saudara mara. Justeru, yang merajuk itu mudah terasa hati jika dirinya direndahkan, dipersalahkan atau tidak dianggap. Maklumlah untuk kita ”yang bukan siapa-siapa ni”, rasa pilu, kecil hati mudah memaut perasaan – tambah lagi bila kita turut ditekan situasi getir seperti tekanan kerja dan masalah keluarga.

Menurut laman blog Tentang Cinta merajuk tak perlu lama-lama. Ia merugikan masa dan tenaga. Tapi kalau merajuk kerana cinta, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan rajuk ‘sang kekasih’ dapat dipujuk agar hubungan kembali jernih. Boleh juga baca tentang rajuk di laman Hidup Biar Sedap dan Newbie Webmaster.

Tak terkecuali rajuk yang lama!. Biasanya rajuk yang lama dialami oleh ‘orang yang benar-benar sayangkan orang yang menyebabkannya merajuk’. Contohnya, selalu kita tonton di televisyen menerusi drama Melayu; ibu tidak mahu menerima menantu pilihan anaknya yang dikahwini di luar negara kerana kononnya menantu tersebut tidak berkelakuan baik, tidak setaraf dan bukan pilhan yang baik. Kebenarannya, si ibu merajuk kerana anaknya tidak merujuk atau minta izin daripada ibunya sebelum melangsungkan perkahwinan. Bila sudah dipujuk, tentu saja menantu tersebut akan jadi kesayangan pula!

Rajuk staf pada majikan tidak pula terdorong unsur duit (gaji). Staf merajuk selalunya kerana merasakan diri tidak dianggap atau tidak dipercayai untuk melakukan sesuatu. Malah ada juga, rajuk kerana tindakan majikan yang membabi buta terutama semasa membuat ketetapan, keputusan atau tindakan marah dan menuduh serta percakapan majikan yang menyinggung hati staf. Malanglah untuk majikan yang tidak menyedari rajuk stafnya, lebih-lebih lagi jika staf tersebut mempunyai tingkah laku dan kualiti kerja yang bagus. Untung saja jika staf tersebut tidak berhenti dan kemudian beralih ke syarikat lain. Malang jugalah untuk staf yang merajuk tapi langsung tidak diendahkan majikannya. Majikan sendiri tidak akan merasa kehilanggan jika berkemampuan mendapatkan staf yang lebih baik untuk menggantikannya daripada melayan rajuk stafnya itu…

Cerita besar – kebanyakkan syarikat korporat hari ini, mula mengambil berat tentang ESQ – justeru emosi staf turut dititik beratkan dalam setiap perkara. Malah ada juga majikan yang mengeluarkan belanja untuk menghargai dan melayan staf yang berkhidmat memajukan syarikat. Cerita kecil – bukan saja majikan, ketua bahagian/jabatan/sektor dalam satu-satu organisasi juga lebih mengambil berat hal-hal hubungan sesama staf. Tak hairanlah bila kebanyakkan ‘boss-boss’ kadangkala menghabiskan masa dan berbelanja untuk stafnya. Sejuk hati staf  bila punya pemimpin begitu…

Sebelum saya meletak tanda nokhtah ( . ) untuk post ini, saya mahu berkongsi salah satu lagu popular zaman saya bersekolah dulu ‘Rajuk Di Hati’ daripada Kumpulan Newboys.

p/s: didoakan agar rajuk di hati teman saya segera pulih dan kembali bersemangat seperti biasa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s