‘THINK’ DARI SINGAPURA

Jika dulu, dia pernah memberi ole-ole yang dibawanya balik dari Frankfurt  dengan sampul yang bertulis nota istimewa sebagai hadiah untuk setiap seorang daripada kami. Kali ini, dia juga tidak lupa membawa sesuatu yang akan memberi ‘makna’ untuk kami semua, jika bukan untuk hari ini tentunya bermakna pada masa-masa yang mendatang.

Info gambar: gambar ini diambil semasa menemankan Cik Puan Boss makan 'ayam penyet'. Jarang dapat lihat pinggan makanannya licin begini...

26 Januari 2010 – kali pertama dalam tahun 2010, jabatan saya mengadakan mesyuarat. Mesyuarat yang beraagendakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), menjadi riuh rendah bila Cik Puan Boss memberitahu beliau telah membelikan hadiah untuk semua staf jabatan ketika mengunjungi Singapura minggu lalu.

Boss membelikan kami buku nota untuk setiap seorang. Yang menariknya, buku nota tersebut dicetak perkataan berbeza di bahagian kulit dan sepotong ‘kata-kata hikmat’ di bahagian dalamnya. Menurut Boss dia memilih buku nota tersebut dan memberikannya kepada kami berdasarkan kesesuaian perkataan itu dengan personaliti kami dan harapannya untuk setiap daripada kami.

Saya kira apa yang disukai oleh semua yang menerima buku nota, bukanlah buku nota itu – tetapi perkataan yang dipilih oleh Boss untuk setiap daripada kami. Dan lebih mengujakan apabila Boss sendiri menyatakan harapannya kepada setiap seorang daripada kami melalui penjelasan perkataan tersebut sewaktu menyerahkan buku nota itu ke tangan kami.

Saya suka dan sangat gembira menerima buku nota ini, walaupun saya sendiri tidak gemarkan perkataan ‘think’ – buku nota untuk saya bertulis perkataan ‘THINK’. Maklumlah saya bukannya seorang ‘pemikir’ atau orang yang selalu memberi idea bernas kepada unit mahupun jabatan saya. Namun apa yang diterangkan Boss tentang perkataan ‘think’, sedikit sebanyak membuat saya menyorot semula kelebihan, kelemahan, keupayaan dan kemampuan diri saya sendiri. Tambahan pula sewaktu membentangkan SKT, saya sendiri merasakan saya tak banyak banyak berfungsi (atau sebenarnya sengaja merendahkan diri – tidak mahu menonjolkan banyak perkara kerana menganggapnya ‘kerja rencam saya’ (kerja tidak berekod dan tidak tersenarai dalam JD) , sedangkan hampir kesemuanya saya selesaikan sepertimana yang diminta).

Apapun saya amat berterima kasih  atas pemberian Boss. Insya-Allah saya akan cuba menggunakan sepenuhnya buku nota tersebut dan memahami makna sebenar ‘think’ yang Boss maksudkan.

Berkongsi kegembiraan dengan semua yang menerima hadiah istimewa daripada Boss – lihatlah gambar wajah ceria mereka =)

Nizan dan buku nota barunya

Aznie 'posing' dengan buku notanya - sama 'color' lagi...

Zaiti gembira terima hadiah pertama dari Boss - buku nota 'dare'nya

Mass dengan buku nota 'courage' yang akan memberi rasa 'berani' kepadanya

Syuk berlakon memegang buku nota - buku nota untuknya lebih 'special' dan akan diberikan kemudian

Hidayah dengan buku nota 'change'

Alia dan buku notanya 'peace'

Aishah dan buku nota barunya

Ina 'posing' dengan buku notanya 'effort'

Malulah pulak Zul - banyak sangat gelak ni..

Nota: maaf Tuan Jasmin, Tuan Anuar dan Cik Puan Nana kerana saya tidak sempat mengambil gambar anda dengan buku masing-masing.

Advertisements

One thought on “‘THINK’ DARI SINGAPURA

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s