BENAR, KAMI BACA@LRT!

Tahniah buat kumpulan yang mengusahakan BACA@LRT.

Buat pertama kalinya program BACA@LRT dianjurkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya tidak pula mengira jumlah individu yang turut serta, tapi mungkin seratus atau lebih dari itu. Pendek kata, LRT yang bergerak jam 10.00 pagi dari Terminal Putra ke Kelana Jaya hari ini telah dipenuhi dengan ‘pembaca’. Tak kiralah pembaca buku, komik, kertas kerja atau apa-apa saja – yang dibudayakan adalah ‘amalan membaca’ dalam LRT.

Saya sendiri memang jarang menggunakan LRT (terakhir mungkin empat atau lima bulan lalu). Jujurnya, saya tidak suka bersesak dalam LRT. Tapi tanda sokongan kepada gerakan ini, saya turun juga ke Terminal Putra dan mengikut kumpulan tersebut untuk BACA@LRT.

Alhamdullillah, saya sangat gembira dengan apa yang dicapai hari ini. ‘Segerabak membaca’, benar – ramai pengguna LRT yang menaiki tren yang sama dengan kami (BACA@LRT) terkejut dengan suasana baru yang mereka lihat. Malah ada yang berasa ‘segan’ dan mula mencari-cari buku dalam beg untuk turut sama membaca. ‘Manusia mudah terpengaruh dengan visual’, apa yang dilihatnya baik akan diikut, tambahan pula jika orang sekelilingnya membuat perkara yang sama.

Saya pasti agak sukar mengubah pandangan masyarakat – antara yang saya temui tadi sekumpulan perempuan dalam lingkungan usia saya juga yang mentertawakan tindakan kami memegang dan membaca buku di dalam LRT. ”Ni apa yang rajin sangat baca buku dalam ni..?” tanya seorang daripada mereka dan temannya menjawab ”..diorang berlakon iklan kut..” Tidak menyalahkan mereka, budaya ini tentunya terlalu asing. Namun apabila nanti, ia kerap dibuat dan orang ramai telah mula sedar – kita tak akan dengr lagi suara-suara begitu.

Apa yang pasti usaha murni ini adalah ‘kerja baik’ bertujuan mendidik masyarakat cintakan amalan membaca. Justeru budaya ini perlu diterapkan bukan sahaja di LRT malah di mana-mana dan bila-bila masa. Tahniah sekali lagi untuk semua yang terlibat mengusaha dan menjayakan BACA@LRT. Saya doakan agar usaha ini akan berterusan.

* Saya sempat berkongsi cerita dan pandangan dengan beberapa teman yang saya temui ketika sertai BACA@LRT seperti Encik Ihsan (penterjemah bebas), Cik Anne atau N (editor PTS), Encik Khairul (bekerja Syarikat IT), Dewi (pelajar UIAM)  dan ramai lagi. Salam perkenalan buat semua.

Advertisements

4 thoughts on “BENAR, KAMI BACA@LRT!

  1. salam.
    Hehe. Ada juga yang menggelakkan geng Baca@LRT rupanya. Tak apa. Semoga insyaAllah lain kali Baca@LRT kedua, ketiga dan seterusnya tidak dipandang pelik dan jelik. Saya dan kawan-kawan tidak sempat bertegur sapa dengan mereka yang lain. InsyaAllah lain kali boleh berkenalan 🙂

  2. Terima kasih Cik Puan Famia, Cik Puan Nana dan Tuan Haeqal.

    Cik Puan Famia: Maaf, saya juga tidak sempat bertegur sapa. Salam perkenalan..

    Cik Puan Nana: Gambarnya tidak cantik, diambil mengguna telefon bimbit…

    Tuan Haeqal: Terima kasih kepada penganjur yang berjaya menarik minat saya – yang hanya seorang ‘pembaca biasa’… Semoga kita sama-sama terus menyokong kerja baik ini untuk masyarakat kita. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s