SEGERABAK MEMBACA

Baru baru ini saya dicadangkan untuk menyertai kumpulan BACA@LRT melalui Facebook. Oleh kerana saya sangat teruja dengan perjuangan kumpulan ini, sayapun sertainya. Lebih seronok kerana Tuan Anuar rupanya adalah pengikut kumpulan tersebut. Adalah ‘geng’ orang kata…

Pada saya gerakan kumpulan BACA@LRT sangat menarik. Mereka berusaha membudayakan amalan membaca sebagai sesuatu yang ‘cool’. Lanjutan itu mereka menganjurkan program membaca dalam LRT pada esok, 16 Januari 2010. Tujuannya khusus untuk meningkatkan kesedaran membaca dikalangan penumpang LRT.

Selalunya bila menyentuh tentang kempen membaca, tentulah kita terbayangkan ia dianjurkan secara besar-besaran, aktivitinya gempak – melibatkan selebriti, promosi dan publisitinya juga gah – dapat tumpuan media. Namun kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam. Saya berharap BACA@LRT ini akan mendapat sambutan orang ramai, setidak-tidaknya 1,090 ahlinya. Jadi dapatlah merialisasikan ‘segerabak membaca’.

*Saya membeli buku Gadis Oren di Kedai Buku ITNM untuk dibaca dalam LRT esok. Harap saya tidak bangun lewat sebab perlu berada di Terminal Putra jam 9.35 pagi. Tak sabar nak BACA@LRT.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s