DI MANA MAHU BERBELANJA UNTUK BUKU?

Pesta buku! Saya maksudkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

PBAKL memang sesuatu yang saya nantikan setiap tahun, lebih-lebih lagi sejak saya bekerja. Waktu belajar dulu, saya pergi hanya untuk mendapatkan buku rujukan yang harganya jauh lebih murah daripada koperasi universiti, malah lebih murah daripada yang dijual oleh pensyarah-pensyarah.

Teringat waktu mula kerja dahulu, tempoh 10 hari PBAKL itu berlangsung adalah ‘masa berbelanja sakan untuk buku’ – apa sahaja buku yang terpandang menarik pada mata, sambar saja selagi ada wang untuk dibayar.

Namun tahun berikutnya, dan seterusnya saya sudah pandai merangka perbelanjaan untuk buku. Jadi saya akan ‘tawaf’ mengunjungi semua gerai (kecuali gerai menjual buku kanak-kanak) untuk meninjau-ninjau buku yang akan atau mungkin mahu saya beli, lihat harganya dan sebarang promosi yang dibuat oleh gerai yang menjual buku tersebut. Kerana sering ditugaskan di PBAKL, jadi masa rehat memang masa sesuai untuk ‘usha’ buku dan gerai… Biasanya hari terakhir PBAKL – barulah saya akan membeli.

Kenapa saya usha gerai? Sebab ketika PBAKL lah, kita boleh lihat kebanyakan penerbit buku (penggerai) jual buku dengan tawaran pelbagai hadiah, puluhan peratusan diskaun dan menyajikan pelbagai tarikan untuk pengunjung dan pembeli yang berbelanja di gerai mereka. Tapi biasanya, saya ‘usha’ saja. Waktu ini, kita juga dapat lihat kreativiti penerbit ini dengan pelbagai strategi melariskan jualan mereka. Ada yang gunakan selebriti, maskot, tokoh-tokoh tertentu dan juga penulis novel remaja. Tak kurang juga yang menganjurkan aktiviti seperti kuiz, sesi penulis bertemu peminat, permainan (macam roda impian) dan macam-macam lagi.

ITNM sendiri tahun lalu menganjurkan peraduan yang kemuncaknya adalah sewaktu PBAKL berlangsung. Nyata pengunjung gerai ITNM bertambah daripada tahun sebelumnya. Ia dibuktikan dengan hasil jualan ITNM di pesta buku tersebut meningkat dan buku yang disasarkan waktu itu sememangnya laris.

Satu lagi tarikan di PBAKL adalah reka bentuk gerai. Jika dibandingkan pertama kali saya mengunjungi PBAKL (tujuh atau lapan tahun dulu) dengan PBAKL 2009, jauh bezanya. Dulu gerai sama kesemuanya, standard-lah katakan. Kini PBAKL memberi peluang kepada penerbit mencorak gerainya sendiri. Penerbit tentu sahaja ambil  peluang, mereka menbina dan menghias gerai sebaik mungkin agar disenangi dan dikunjungi oleh pengunjung. Bak kata Cik Puan Boss, “manusia melihat visual..” tentu sahaja yang cantik, menarik, unik, sedap dipandang akan mendapat perhatian. Gerai pilihan saya tahun lepas ialah gerai Al-Hidayah. Saya fikir, saiz, reka bentuk, warna dan kedudukan gerai tersebut memang baik.

Tak kurang jugaklah, gerai ITNM. Saya sukakan susunan buku berbentuk galeri yang diketengahkan. Pada saya rasionalnya, buku bukanlah produk sesuai dilonggokkan seperti menjual baju penghabisan stok macam di Sogo. Justeru, konsep mempamerkan buku seolah mempamerkannya dalam galeri itu sesuatu yang baik – seperti mengangkat kedudukan buku itu sendiri. Lagi pula, ITNM menjual buku pengetahuan – bukanlah komik ringan atau majalah gosip.

Saya suka untuk bercerita pandangan saya entang kaedah promosi yang digunakan penerbit buku ketika PBAKL. Tapi di post yang akan datang sahaja.

Terima kasih kerana membaca.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s