MELAKAR DAN MEWARNA

Hari ini, pertama kali saya benar-benar perlu mengubah pandangan dan kepercayaan saya. Telah dimaklumkan lebih awal, tetapi enggan beralih kerana merasakan keperluan untuk saya terus berada di tempat lama. Pernah berkata dengan Tuan Anuar waktu saya diberitahu akan bertukar unit, “saya akan tukar sepenuhnya bila Nuar dah ada patner baru…” Tibalah masa untuk tunaikan janji!

Mengulang sekali lagi pesanan Cik Puan Boss pagi tadi, “jika terus berada dalam zon selesa, kita tidak membuka peluang kepada diri kita kerana tidak mencabar diri kita…”

Membina pengalaman dalam unit komunikasi sejak tiga tahun lalu, sesuatu yang menyenangkan bagi saya. Rasanya tidak tersia pengajian tiga tahun di UiTM dulu,  kerana diguna juga di setiap ceruk kerjaya Perhubungan Awam (PR) selama menjadi eksekutif komunikasi. Pada saya, keseronokan melaksana kerja berkaitan PR adalah menangani kepayahannya. Kesukaran utama seorang PR tentunya apabila tidak mendapat kerjasama dan maklumat – banyak lagi yang lain. Tapi selalunya ‘alah bisa tegal biasa’.

Tulisan terbaru Tuan Anuar dalam blognya menceritakan pengalamannya setahun di ITNM dan mungkin juga hampir setahun mengendalikan kerja-kerja Perhubungan Awam (PR). Dahulu Cik Puan Boss sendiri pernah menulis tentang PR di laman blognya. Kedua-duanya menyentuh serba sedikit ‘kepayahan dalam keseronokan’ melaksanakan tugas seorang PR.

Justeru, 2010 ini akan menjadi tahun melakar semula untuk saya, kerana saya bakal melaksanakan tugas baru. Saya juga mahu cepat mewarna lakaran itu kerana di pengghujungnya nanti akan ada sasaran yang perlu dicapai. Semoga saya berjaya!

p/s: Untuk Zetty, welcome to the club girl.

Advertisements

One thought on “MELAKAR DAN MEWARNA

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s