2009 DITINGGALKAN

Salam tahun baru 2010 dan selamat meninggalkan tahun 2009 kepada pembaca setia laman https://shida123.wordpress.com/, teman facebook Shida Ayub dan pengikut twitter shida_ayub.

Sedar atau tidak, kita telah pun meninggalkan tahun 2009. Terlebih dahulu saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdr/Sdri yang sudi menjengah laman blog ini. Saya tahu blog ini bukan apa-apa dibandingkan jutaan blog lain yang lebih menarik reka bentuk dan bahannya. Namun kesudian anda (sdr/Sdri) menjengah dan membaca isi blog ini amat saya hargai. Justeru saya tidak jemu mengemas kini kandungan, biarpun kadang kala bahannya – mungkin syok sendiri. Jika benar begitu, kirimkan maklum balas dan saya akan memperbaiki apa yang termampu.

Tentang blog ini, apa yang mengharukan saya ialah apabila ada teman yang bertanya ‘bila nak ada post baru?’. Uhh.. sangat mengujakan! Maaf juga pada yang sentiasa menanti post baru, kadang kala kesempitan masa mengatasi kemahuan menulis post baru. Bukan alasan ye.. Rasanya mahu saja berbahagi masa untuk blog dan lain-lain – susah sangat kerana sekarang memang sukar mencari waktu senggang.

Apapun saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru’. Semoga tahun baru ini membuka ruang untuk kita berjaya dan kita sendiri diberi kekuatan bagi terus mengatur langkah dan meraih kejayaan yang diimpikan. Untuk yang berazam 2010/solutions 2010, semoga dijauhkan daripada kekangan yang melalaikan usaha mencapai azam tersebut.p/s: saya mahu berkongsi azam seorang kawan, dia berazam untuk berkahwin dengan Azam pada tahun ini (2010), Insya-Allah. Saya doakan supaya mereka selamat diijab kabulkan Mac 2010 nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s