SIAPA ‘DRAMA KING’?

Jawapannya, “kita semua…”

Seseorang memberitahu saya ‘setiap yang kita lakukan adalah lakonan’. Bangun pagi, bersiap bekerja, berjumpa orang, berbual, urusan saharian, tutur kata, perbuatan – semuanya merupakan lakonan.

Bagitu juga yang pernah diucapkan oleh pelawak nombor satu Negara, Saiful Apek waktu dia menang Artis Paling Popular beberapa tahun lalu, antara katanya “.. saya cuma pelakon watak ciptaanNya..” dalam ucapan itu, beliau besyukur atas rahmat yang diberi pengarahNya, Tuhan yang Maha Esa.

Saya pasti ada antara kita yang berlakon, mungkin terpaksa berlakon. Contohnya berlakon untuk menyelamatkan sesuatu, berlakon untuk dihormati, berlakon untuk mendapat kepercayaan, atau berlakon untuk menegakkan kebenaran. Macam ‘menipu’ dan hipokrit, memang hipokrit.

Sebab itu, kadang kala kita tidak kenal dengan siapa sebenarnya kita berurusan. Kita sendiri seolah tidak kenal lagi dengan teman, pemimpin atau pasangan sendiri bila mereka telah ‘berlakon’. Biasanya pelakon-pelakon sebegitu punya misi dan visi mereka sendiri. Dengan kawan – akhirnya makan kawan, dengan ketua – akhirnya menikam pekerja setianya, atau dengan pasangan – akhirnya melukai hati kekasihnya…

Namun tidak perlulah menolak semua. Jangan pula beranggapan teman, pemimpin atau pasangan anda  juga pelakon. Saya yakin ada juga yang sentiasa jujur dengan perkataan dan perbuatannya. Saya berharap saya tergolong dalam kelompok ini. Biar sesukar mana, saya dan anda perlu sentiasa jujur bukan sahaja kepada orang lain tapi juga diri sendiri. kata orang “seburuk-buruk penipu adalah penipu yang menipu dirinya sendiri”

Advertisements

2 thoughts on “SIAPA ‘DRAMA KING’?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s