1 2 3 4 I LOVE YOU

Tajuk di atas tiada kena mengena dengan apa yang ditulis untuk  post saya kali ini. Juga tak ada kena mengena tentang diri saya, ia cuma lagu kegemaran saya –  I 2 3 4 I Love You adalah tajuk lagu kesukaan saya.

Love is not my games!”  itu yang ditegaskan seorang kawan kepada saya waktu di UiTM dulu bila kami bercerita tentang bekas kekasihnya yang berusaha menawan hatinya semula. Bila diminta menjelaskan kata-kata itu, teman memberitahu dia serik berdepan dengan masalah berkaitan cinta. Jika kesudahannya tidak mungkin baik, apa perlunya dia menyumbang komitmen ke arah itu. Sebaliknya lebih baik dia beralih kepada perkara yang jelas akan membahagiakannya dan menyumbang untuk kejayaannya – waktu itu pelajaran dan kerjaya masa depannya.

Sesuatu yang dijelaskan dan membuat saya berfikir semula – kenapa perlu membuat sesuatu yang bukan kepakaran, kita akan membuang masa kerana hasilnya mungkin mengecewakan.

Saya setuju. Saya tidak mahu membuang masa kepada sesuatu yang bukan menjadi ‘makanan’ saya. Kerana ia mungkin menyumbang risiko buruk. Jika hanya kepada saya sahaja tidak mengapa, tetapi jika melibatkan pihak lain – ia akan jadi sebuah kisah duka yang mngecewakan. Akhir… dan akhirnya saya dan pihak  satu lagi akan berdepan kegagalan.

Semasa makan dengan Boss, beliau sempat bertanya, “you tahu kelemahan you Shida?” Saya jawab, ” saya amat percaya dengan apa yang saya yakini”.

Bertuahnya anda jika anda punya seorang pemimpin yang memberitahu kelemahan anda, dimana dia mungkin mahu anda berubah untuk menjadi lebih baik. p/s: ni bukan mengampu Boss, Boss saya tak makan ampu!

Malang pula jika anda anda amat berpegang teguh kepada apa yang anda percaya, kerana anda tidak akan merubah apa-apa pun dalam diri anda. Sebaliknya anda akan kekal dalam zon selesa anda hingga bosan. Suka saya merujuk contoh seorang teman, “tak jemukah membetulkan paper yang sama berkali-kali?” dan jawapan saya, “bosan sampai nak muntah!”.

Penghujung post ini, saya nak berkongsi video muzik lagu kegemaran saya. Saya juga mahu mengucapkan semoga berjaya kepada seorang teman yang sedang berusaha untuk berhenti merokok. Beliau berazam untuk berhenti merokok tahun hadapan, tapi beliau telah mula berusaha – menggantikan rokoknya dengan rokok tiruan. Tahniah kerana berazam dan berusaha mencapai azam tersebut! Go Shukri.. go Shukri.. go Shukri..

Untuk yang mahu nyanyi, ada disediakan lirik di bawah:

Plain White T’s – 1,2,3,4 Lyrics

1, 2, 1, 2, 3, 4

Give me more lovin’ than I’ve ever had
Make it all better when I’m feelin’ sad
Tell me that I’m special even when I know I’m not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely gettin’ mad, I’m so glad I found you
I love bein’ around you
You make it easy, it’s as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There’s only one thing to do
Three words for you I love you
There’s only one way to say
Those three words and that’s what I’ll do, I love you

Give me more lovin’ from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends

Make me feel good when I hurt so bad
Best that I’ve had, I’m so glad that I found you
I love bein’ around you
You make it easy, it’s as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There’s only one thing to do
Three words for you I love you
There’s only one way to say
Those three words and that’s what I’ll do, I love you
I love you

You make it easy, it’s easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There’s only one thing to do
Three words for you I love you
There’s only one way to say
Those three words and that’s what I’ll do, I love you
I love you

1, 2, 3, 4
I love you
I love you

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s