RETREAT

“saya mahu berjaya”

Itu antara ayat yang sering saya dengar sejak pulang dari program retreat yang dianjurkan bersama beberapa teman sekerja.  Ternyata retreat itu memberi sesuatu kepada kami, sesuatu yang amat bermakna – yakin diri!

Bermula dengan persetujuan kami berempat – saya, Anuar, Nizan dan Shuk sepakat pergi ke suatu tempat untuk braindstorming mencari idea dan strategi yang boleh dicadangkan kepada Boss untuk digunakan bagi meningkatkan pendapatan syarikat. Apa yang kami harapkan moga-moga ia berguna dan dapat membantu Cik Puan Boss.

Tak sangka apabila saya memberitahu Boss – mohon keizinan bertolak awal untuk rancangan tersebut, dia menyambut baik. Justeru kami menjemputnya untuk turut serta, dan lebih tidak disangka Boss setuju untuk turut serta – malah Boss lebih excited daripada kami.

Untuk saya walau cuma dibuat di apartment biasa (tak lah semewah mana) dan dengan belanja sendiri (maklumlah  kami masing-masing tidaklah berduit sangat..) dan tempoh yang sangat singkat – namun ia berhasil. Respond yang baik juga daripada teman-teman yang turut serta – mereka sangat dedikasi, mahu mencari cabaran baru, sedia mengusahakannya dan mahu berjaya! Syukur kerana saya menjadi sebahagian daripada mereka dan saya berharap segala yang dirancang berhasil baik bukan sahaja untuk kami tapi untuk syarikat yang   menggajikan kami dengan wang dan pengalaman.

Di bawah ini, saya siarkan beberapa klip yang dirakam sewaktu retreat. Saya akan siarkan beberapa nasihat Zini Boss kepada kami. Ia menyentuh isu berikut:

1. ambil peluang

2. jangan tamak

3. jangan sebut susah

4. jangan frust (kecewa)

*masih ada satu klip yang sedang saya sunting (komen Zini Boss dan teman yang terlibat mengenai retreat) dan kemungkinan akan saya siarkan dalam post berikut nanti

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s