KARANGAN TAHUN 3

Tergelak saya mengingatkan cerita Boss sewaktu di tahun 3 (sekolah rendah). Kisahnya dia telah menulis surat amaran kepada teman sekelasnya yang baru bersekolah di situ. Surat itu akhirnya ditemui cikgunya dan akibatnya dia telah dimarah cikgu… Ha..ha.. =p

Kisah saya pula, waktu tahun tiga saya telah mula menulis karangan. Suka sangat menulis karangan. Waktu itu saya bercita-cita untuk jadi penulis – penulis cerita misteri! Satu hari cikgu bahasa Melayu minta saya menulis karangan, tajuknya Saya Pada Masa Akan Datang. Kata cikgu itu, saya perlu menggambarkan diri saya pada usia yang saya pilih sendiri – 18 tahun, 25 tahun, 30 tahun, 40 tahun dan apa sahaja angka usia yang saya nak. Saya cuma perlu imagine dan tulis…

Saya tak pasti angka umur yang saya pilih untuk karangan itu, rasanya macam 27 atau 28 tahun. Yang saya masih ingat dalam karangan itu – saya punya pekerjaan yang bagus, bekerja di Kuala Lumpur, punya kereta, dan hidup gembira. Hampir samalah dengan apa yang saya ada hari ini, walaupun pekerjaan saya cuma biasa-biasa, kerja di kota Kuala Lumpur dan punya kereta yang bergegar-gegar macam teksi buruk.. tapi hidup gembira. Bolehlah…

Kata cikgu saya selepas menyemak karangan tu, “kata-kata tu doa, bila menulis samalah macam kita berkata-kata… selalulah mengucapkan doa supaya apa yang dicita-citakan berhasil” Bila teringat balik karangan tu saya tersenyum sendiri…

Saya sekarang, masih lagi tak pandai menulis – cukuplah dapat menulis di laman blog sendiri…

Advertisements

One thought on “KARANGAN TAHUN 3

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s