SUDUT PEMBACA CILIK

Saya berkira-kira dari awal untuk menulis tentang ‘seksyen kanak-kanak di kedai buku’. Ia tidak asing lagi di Malaysia, kebanyakkan kedai buku popular di bandar telah mula mengasingkan sudut khas untuk kanak-kanak melihat, membaca dan memilih buku untuk dibawa pulang.

Kaedah ini pantas membantu menggalakkan budaya membaca dikalangan kanak-kanak seawal usia lima – sepuluh tahun. Kanak-kanak biasanya tertarik dengan dekorasi, hiasan patung haiwan, perabot pelbagai warna dan keselesaan berada di sudut itu hingga sanggup berhenti untuk berada di situ. Secara langsung mereka terpanggil untuk mencapai buku dan menyelaknya satu demi satu halaman.

Dekorasi untuk sudut kanak-kanak sudah menjadi keutamaan bagi kedai-kedai buku terkemuka di luar negara. Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk memastikan setiap pelanggan ‘kecil’ mereka akan seronok di sudut tersebut. Tentu saja mereka mahu, pelanggan kecil itu pulang dengan gembira sambil membawa beberapa naskhah  buku yang dibeli. Harapan pekedai buku supaya pelanggan cilik mereka mengunjungi sudut kanak itu lagi.

Chiness Book Store

A Cup of Word Book Stores
Chicago Kids Book Stores

Baru-baru ini kedai buku (di pejabat saya) telah menyediakan satu sudut khas untuk kanak-kanak. Oleh sebab ruangnya agak kecil, maka perabot dan aksesorinya tidaklah sebanyak mana. Namun cukup menarik dan mengujakan. saya secara peribadipun sukakan sudut itu. “sukalah, tengok benda-benda cute kat bawah tadi… hijau..” kata Kak Surianee – orang pertama memberi komen tentang sudut tersebut pagi semalam.

PB123775
Sudut Kanak-kanak Kedai Buku ITNM

PB123779
Sudut Kanak-kanak Kedai Buku ITNM

Pada dasarnya semua orang sukakan sudut seperti itu, bukan saja kanak-kanak – walhal orang dewasa pun sukakannya. Jabatan saya bekerja, kini sedang berkira-kira untuk merancang pelbagai aktiviti menarik sebagai pengisian ruang tersebut khusus untuk pelanggan cilik kami. Hasratnya untuk menanam budaya membaca dalam jiwa anak-anak kecil ini, seterusnya menjadikan buku teman akrab mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan di sudut kanak-kanak sebuah kedai buku

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s