MAGIC?

20553

Pengakuan: gambar di atas bukanlah gambar saya. (Ha..ha.. mesti anda ketawa lepas baca ayat tadi.. 😛 )

Waktu kecil dulu (tadika) saya selalu bercita-cita mahu jadi ahli silap mata atau perempuan sihir yang hebat. Saya akan punya kuasa yang mampu mengubah sesuatu menjadi lebih baik. Bila ditanya kawan-kawan, apa yang akan saya buat jika saya benar-benar ada kuasa ‘magis’? Saya katakan… saya akan tukarkan semua rumah di kampung saya menjadi rumah batu yang besarnya sebesar rumah Datuk Meor Shariman (orang terkaya di kampung saya waktu itu). Kemudian saya akan me’magic’kan lukisan basikal kawan saya menjadi basikal – sebuah basikal, supaya kawan saya itu punya basikal seperti saya. Tapi angan-angan magis saya yang paling ‘hampezzz’ ialah niat untuk menukarkan bubur nasi yang disediakan oleh tukang masak tadika kepada ABC  (air batu campur), hanya kerana saya tak suka bubur nasi itu…

Tapi itu dulu, 20 tahun dulu…

Saya fikir setiap orang punya magis sendiri. Magis itu mampu membawa dirinya terbang (berjaya). Magis itu mungkin keperibadian yang mulia, kebijaksanaan, keberanian, sifat atau kekuatan dalam diri yang berjaya diserlahkan. Contoh seorang pengurus yang punya kuasa magis mampu mengatasi krisis yang berlaku dalam syarikatnya. Magis pengurus tersebut ialah strategi dan usaha.  Macam guru, seorang guru tentu punya magis tersendiri bila dia berjaya mengesan kebolehan dan kekuatan pelajarnya… lalu berusaha pula membawa pelajarnya ke laluan tepat untuk membina kejayaan.  Itu pandangan saya untuk magis dalam diri setiap orang. Ada ketikanya kita mampu menyerlahkan magis tersebut, adakalanya ia terbenam dan hanya tersimpan dalam diri kita kerana tidak berjaya dikeluarkan.

Dah besar-besar ni, saya tidak lagi berharapan untuk jadi seorang ahli silap mata atau perempuan sihir. Cuma saya mengimpikan akan punya magis sendiri yang akan berguna suatu masa nanti. Tapi untuk yang nak belajar untuk jadi ahli silap mata, senang saja…

bilik air bilik tidur Dapur Ruang Tamu

Senang saja.. bacalah buku Siri Silap Mata Sains. Buku ni menarik kerana ia menghuraikan bagaimana sesuatu magis berlaku dengan penjelasan dari sudut sains. Yang bagusnya, anda boleh menipu (mengelirukan) orang menggunakan kaedah yang dicadangkan dalam buku tersebut. Kalau anda punya anak/anak saudara tentu seronok memukau mereka dengan magis yang ditiru daripada buku tersebut. Dan kalau anda mengajar anak-anak anda ‘trik-trik’ yang ada dalam buku tersebut, tentu anak anda akan jadi ‘kesukaan’ kawan-kawannya. Hebatkan!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s