2010 – TAHUN PIALA DUNIA

Kaka-wallpapers-acmilan-brazil-1

Masih berbaki dua bulan lagi sebelum melangkah ke tahun baru, namun saya pasti ramai yang tak sabar menanti 2010. Kerana apa? Sebab Piala Dunia 2010.

Walaupun pertandingan bola sepak teragung itu dijadualkan berlangsung pada Julai 2010, tapi kehangatannya sudah mula terasa. Terutama bila 22 negara berjaya menempah tempat di gelanggang piala dunia ini. Tentu penggemar bola sepak antarabangsa tak akan sunyi dengan kisah pemain bola pilihan mereka (asal  bermain di kelab-kelab terkemuka ) yang akan mewakili negara masing-masing. Begitu juga saya…

Cerita Piala Dunia dan saya? Panjang ceritanya…

Tahun 2002, saya serius menonton perlawanan piala dunia (tonton TV sajalah). Waktu itu saya masih di sekolah menengah. Kerana semangat ‘Asia’ saya menyokong Korea dan Jepun! Pemain pilihan dari Brazil,  Ronaldo (pemenang kasut emas- Adidas) dan kemenangan Brazil telah dijangka banyak pihak. Seingat saya, kami (saya dan beberapa teman) sanggup ke sekolah dengan mata merah, wajah kusam dan baju sekolah yang tidak bergosok hanya kerana berjaga malam untuk menonton perlawanan.

Piala Dunia 2006 juga kenangan manis untuk saya. Waktu itu saya baru mula bekerja. Saya dan teman serumah sanggup ke restoran berhampiran rumah kami untuk menonton siaran langsung perlawanan – jam 2.00 atau 3.00 pagi. Maklumlah ketika itu, belum lagi melanggan Astro. Seronok sekali, kami juga punya carta khas  (besar, saiz  bunting) memaparkan kedudukan pasukan pilihan kami yang ditampal di dinding. Sayangnya, kedua-dua pasukan pilihan saya kecundang di malam yang sama. Brazil dan England – tewas. Tapi gembira juga, bila pemain kegemaran saya Zinadine Zidane dapat anugerah (bola emas – Adidas).

Untuk 2010 saya belum memilih pasukan yang akan saya sokong – mungkin Argentina (Lionel Messi), Jerman (Miroslav Klose dan Michael Ballack), Denmark atau Ghana. Pasukan Asia juga bertanding Jepun dan Korea. Tapi yang pasti, saya akan sokong Brazil kerana ada Kaka.

Untuk peminat bola sepak yang ternanti-nanti berita terkini tentang Piala Dunia 2010, boleh melayari laman web rasmi FIFA 2010 World Cub yang saya pautkan di sebelah kanan laman blog ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s