PENYELIDIKAN

Student

Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi kerja penyelidikan?

Secara tak rasminya, penyelidikan boleh mula bila-bila masa, di mana-mana sahaja, gunakan apa saja.

Apakah makna penyalidikan?

Penyelidikan ialah mengkaji sesuatu untuk mendapatkan pengetahuan atau ilmu baru.

Apakah penyelidikan secara umum?

Mengkaji (menyelidik) bertujuan untuk mengetahui ‘sesuatu’ sama ada penyelesaian masalah, mendapatkan kesimpulan, atau bukti. Hasilnya adalah maklumat baru, andaian yang tepat atau bertentangan dan hasilan penyelesaian masalah. Jadi penyelidikan adalah satu bentuk proses belajar, dan belajar adalah satu proses penyelidikan. Kita belajar sesuatu dengan menyelidik.

Apakah penyelidikan secara formal?

Penyelidikan formal adalah kajian lengkap dan berstruktur. Ia perlu ada asas, kajian latar belakang bidang yang diselidik, kaedah yang akan digunakan, hasil dan kesimpulan.

1. Asas penyelidikan

Persoalan atau hipotesis. Apa yang kita nak tahu?

2. Kajian latar belakang

Petunjuk untuk kenalpasti sama ada bidang yang dikaji tu bermanfaat atau tidak. Petunjuk yang boleh didapati, sekiranya ada pihak yang pernah buat penyelidikan berkenaan, maka boleh kenalpasti sama ada ianya bermanfaat atau sebaliknya oleh orang lain. Selain tu, kajian latar belakang adalah untuk mengkaji dan kenalpasti maklumat berkaitan penyelidikan yang akan dijalankan. Misalnya, (1) siapa yang pernah buat, (2) apa yang pernah dibuat, (3) bagaimana cara membuat penyelidikan, (4) kesimpulan yang pernah dibuat, (5) kesilapan yang pernah berlaku, (6) sumber penyelidikan yang boleh kita gunakan dan sebagainya. Kajian latar belakang sebenarnya membantu penyelidikan, kerana ianya bertindak sebagai petunjuk kepada pihak ketiga bahawa penyelidikan yang dibuat berasas dan boleh diterima.

3. Kaedah yang digunakan

Untuk mulakan kajian, terlebih dahulu perlu kenalpasti jika ada kaedah-kaedah tertentu yang telah digunakan sebelum ini untuk melakukan penyelidikan yang sama seperti yang mahu dibuat. Jika ada, gunakan kaedah itu sahaja supaya hasil penyelidikan lebih mudah diterima dan tidak dipersoalkan. Biasanya maklumat kaedah ini boleh diperolehi ini semasa kajian latar belakang.
Jika tiada kaedah yang pernah diguna pakai (kajian mengenainya belum pernah dibuat), lebih mudah cipta kaedah sendiri, dan kenalpasti alasan-alasan kenapa menggunakan kaedah sedemikian. Kaedah itu perlu direkodkan supaya boleh disemak dan boleh dirujuk sekiranya perlu mengulangi kerja penyelidikan. Ini memudahkan, apatah lagi jika kaedah tersebut adalah kaedah baru. Hasil yang diterima belum tentu tepat atau mantap, dan jika itu berlaku, mudahlah untuk ulangi kerja penyelidikan sekali lagi. Jadi kita boleh rujuk semula kaedah yang direkodkan.
Kaedah eksperimen akan jadi lebih mudah jika terdapat peralatan dan kelengkapan penyelidikan yang boleh digunakan. Dalam penyelidikan perlu juga perisian. Ia boleh dikenalpasti dari awal iaitu sewaktu kajian latar belakang.

Kerja penyelidikan perlu ikut kaedah yang dikenalpasti. Tujuannya, (1) mendapatkan hasil yang tepat, (2) mudahkan data keputusan disemak, (3) mengelakkan orang lain mempersoalkan keputusan yang diperolehi sekiranya bercanggah dari kebiasaan, dan (4) mudahkan kita membuat kerja penyelidikan kerana kaedah sudah jelas dan mudah mengesan kesilapan pada keputusan penyedidikan.

4. Hasil penyelidikan

Keputusan dan hasil yang diperolehi daripada eksperimen yang dijalankan harus direkodkan. Semua data perlu dicatat supaya mudah dianalisis. Data perlu disemak untuk memastikan tiada kesilapan. Data boleh dianalisis secara manual atau menggunakan peralatan terutamanya perisian komputer. Bagi yang melibatkan statistik boleh gunakan SPSS atau spreadsheet seperti MS Excell. Kalau berlaku kesilapan pada data, selain menyemak data-data yang berkaitan, semak juga kaedah yang menghasilkan data tersebut. Kaedah eksperimen mungkin silap semasa dilakukan atau direkabentuk. Tetapi jika kaedah yang digunakan standard, maka hanya perlu semak pelaksanaan eksperimen dan data saja.

5. Kesimpulan

Setiap penyelidikan akan berakhir dengan kesimpulan. Tidak semua penyelidikan berakhir dengan kejayaan. Tapi jika kita boleh jelaskan kenapa kegagalan berlaku, ianya tetap satu hasil penyelidikan juga. Kesilapan ini akan jadi panduan pada orang lain dan kita sendiri untuk penyelidikan seterusnya.

Tapi penyelidikan yang berakhir dengan kejayaan adalah lebih baik. Kejayaan akan menghasilkan ilmu atau maklumat baru yang boleh dimanfaatkan. Setidak-tidaknya menggunakan hasil penyelidikan tersebut untuk penyelidikan yang seterusnya, atau diguna dan dimanfaatkan untuk kehidupan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s