MASA UNTUK ‘PARTY’

Bukanlah meraikan ketiadaan Boss hingga sy merancang buat ‘party‘ di pejabat, cuma satu pencapaian kecil yang perlu disyukuri.. mungkin tak bermakna bagi orang lain, biarlah…

yes_man01

Semalam, 19 Oktober 2009 – sy dan semua yang terlibat berjual di Perhimpunan Agung UMNO (13 – 17 Oktober 2009), buat ‘makan-makan’ untuk meraikan kejayaan kecil kami. Jamuan ala-ala pot luck, boleh la… dengan beberapa kuih yang dibawa Nizan (lebihan ‘open house‘ di rumahnya), lemang dan rendang  yang dibawa Saiful. Ditambah dengan pizza. Ada perkara yang menyeronokkan dan menggembirakan kami semua, antaranya:

1. kali pertama team jualan berjaya mencapai jualan melebihi kos sewaan gerai – hampir RM10,000 untuk empat hari.

2. berjaya mengatasi angka jualan yang disasarkan.

3. komitmen anggota team jualan – tepati jadual tugas.

4. inisiatif team jualan membawa pelanggan ke dalam gerai, biarpun tiada pelanggan yang berhajat menyinggah apa lagi menyelak buku.

5. buku ‘panas’ kami dapat liputan media kerana jualannya yang menggalakkan. Mungkin tempias – daripada ‘kedudukannya’ dirank nombor 1 dalam carta bestseller MPH Bookstores.

6. langkah mula yang berjaya. Yes – team jualan yang lebih baik tahun depan!

Dalam post kali ni, sy mahu mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memungkinkan kejayaan team  ITNM dalam jualan sempena Perhimpunan Agung UMNO…

Suria (Ibu Pejabat UMNO) – yang setia menunggu jawapan pengesahan gerai daripada saya sejak bulan Julai lalu (saya telah membuat tempahan awal, namun tidak memberi sebarang jawapan sehingga lima hari sebelum perhimpunan tersebut), Nizan – yang sanggup ke gerai setiap hari untuk bantu jualan, Fiza – pertama kali berjualan tapi sangat membantu, Mazlie dan Arishah – selesai semua masalah melibatkan duit dan kad kredit, Anuar – buat buku besar, Shukri – berniaga dengan ‘blueberry’ dan yang lain-lain – Encik Jasmin, Kak Aznie, Masliza dan Abg Nizam.

Terima kasih juga untuk yang tolong set-up gerai jualan dan yang kemas kemudian  packing barang waktu closing. Tak lupa juga terima kasih kepada K.Senah dan K.Yat dan Finance Team, K.Ijah dan HR Team yang membantu dan beri sokongan.

Terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s