ASYIK DAN NUR KASIH

Kesibukan tugas masing-masing membataskan aktiviti ‘berpoya-poya’ saya dan beberapa teman. Seperti kebiasaan yang kami lakukan sejak sy mula mengenali mereka, begitulah hingga hari ini – makan, berbual, bertukar-tukar cerita, nasihat menasihati, mengusik dan berkongsi kesedihan.

Selalunya kedai mamak jadi pilihan dan akhirnya selepas selesai bercuti panjang dan semua masuk bekerja, pada Jumaat, 2 Oktober 2009, ‘Ali Maju’ pilihan kami.Sy fikir masing-masing sebenarnya tidak mahu keluar kerana mahu menonton ‘Nur Kasih‘, namun kerana sy janjikan akan meminta mamak menukar channel ke TV3 untuk menonton Nur Kasih – mereka akhirnya bersetuju.

Kami jarang sekali ‘sama’, tidak sependapat, tidak se’kepala’ dan ada kalanya dengan jujur memperkatakan kesalahan salah seorang antara kami agar dapat diperbetulkan. Tapi ada satu perkara yang kami sama – positif. Mereka kesemuanya sentiasa berfikir positif. Malah tidak salah jika sy katakan, ‘sesiapa juga akan positif, jika insan di sekeliling juga positif’. Mengambil pakai konsep; merujuk kepada yang berpengalaman, yang tua dihormati yang muda disayangi, nilai-nilai manusia beretika – menjadikan teman-teman sy ini sebagai antara individu yang sy hormat dan kasih. Kalaulah boleh sy berterima kasih – Terima kasih kepada mereka yang selalu ‘menegur bila sy berjalan songsang, memimpin bila lenggok sy canggung, mengajar bertatih semula bila terjatuh dan yang paling penting membisik doa supaya sy mampu berlari’.

Seronok, sy mahu bercerita tentang pertemuan malam tadi. Makan sambil menonton ‘Nur Kasih’…

1. Sy memaksa teman memesan dua roti canai colek susu dengan alasan, “… nanti aku kongsi dengan ko sikit…”. Sudahnya secubit pun sy tak makan, bila makanan yang sy pesan sampai – nasi putih, telur dadar dan sup tulang. Kesian, terpaksalah dia habiskan dua roti canai tu…

2. Waktu menonton adengan romantis Adam dan Nur Amina di televisyen, sy kata, “… aku kalau dapat word (ayat-ayat cinta yang romantis) macam ni… boleh cair..” – ditertawakan oleh semua. Sy bercakap jujur!

3. Teman beranak empat menegur teman yang mengandung sulung agar tidak ambil minuman berais lagi. Katanya, “lagi besar perut, lagilah tak boleh minum ais”. Tegas dan jelas tegurannya! Anggap sahaja itu kali terakhir teman kami itu minum ais sebelum dia melahirkan ‘Alisya’ (nama yang kami cadangkan untuk anak sulungnya).

4. Seorang teman terganggu ke’asyik’kannya menonton Nur Kasih kerana volume televisyen yang kuat. Sy katakan, “bukan sy seorang yang minta di’kuat’kan volume“. Logiknya: jika sy minta kuatkan volume, mamak kedai akan tekan sekali butang untuk tinggikan volume televisyen. Dan jika ada sepuluh orang meminta naikkan volume, tentulah sepuluh kali mamak itu menekan butang tinggikan volume pada remote televisyen…

5. Sesiapa pun di kalangan kami bebas menerima panggilan telefon. Malah kami yang lain walaupun sedang berbual akan merendahkan suara supaya perbualan teman dengan si pemanggil tidak terganggu. Anehnya, malam tadi seorang teman beralih ke meja lain untuk menjawab panggilan telefon. Emm… pelik sikit, macam sedang bercinta?

6. Seorang teman dengan tidak sengaja memasukkan sudu (diguna untuk mengacau limau masam) dalam nescafe tarik teman yang sedang asyik masyuk berbual (telefon). Sy pula telah ‘termasukkan’ cebisan cili dalam nescafe itu dengan tujuan mengujinya – orang kata, “orang bercinta ni tak ada perasa, semuanya indah-indah je yang dia rasa”. Mengguna pakai lirik lagu Asyik, nyanyian Damasutra, “indah bukan malang, terang bukan siang, satu tak terbilang, hanyut tak terenang, waktu tak terasa, rindu tak terkata, asyiknya cinta…” – kan? semuanya tak, tak, tak dan tak? Cuba jelah, tengok dia ada rasa masam dan pedas tak?

7. Ha’ah… teman tak mengaku bercinta. Sebaliknya dia mencari ‘dalang’ yang memberi rasa masam dan pedas pada nescafe tariknya. Masing-masing tak mengaku.. ha..ha.. hampezzz.

Bagi yang suka menontoh Nur Kasih, sebuah telemovie arahan Kabir Bakhtiar – tentu suka menonton klip video dibawah:

Untuk teman yang tak mengaku bercinta, sy dedikasikan klip video (dibuat semula) lagu Asyik nanyian Kumpulan Damasutra:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s