RAYA 1957 DAN RAYA 2009

RAYA 1957

Sy sedang menonton Majalah 3 – edisi Raya 1957, sewaktu menulis post ini. Seronok sekali menontonnya. Bahannya kali ini saya kira amat menarik. Tentu produksinya telah mengkaji banyak perkara untuk menyedia bahan tersebut.

*****

RAYA SAYA 2009

Aidilfitri sy tahun ini sama sahaja seperti sebelumnya. Kegirangan lebih tertumpu kepada beberapa insan kecil yang baru sahaja menjadi anggota keluarga besar sy. Yaya dan Cha jadi tumpuan kami raya ini. Pakaian mereka, gelagat, gelak tawa dan raungan mereka jadi perhatian sepanjang masa.

Yaya, anak sepupu sy – Hafiz dan Ju. Yaya kini aktif bertatih (belajar berjalan), cuma dia gemar berjengket bila melangkah. Setakad ini, pada sy Yaya paling lasak jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya. Daripada pagi hingga ke lewat malam, dia masih ceria mengikut ibubapanya beraya di rumah keluarga dan sahabat handai. Tak menangis, tak merenget, apa lagi nak meraung.. boleh tergelak-gelak lagi. Satu lagi yang kelakar, Yaya jika jatuh di hadapan orang dan orang itu memberi perhatian (bangunkan, gosokkan lutut dan cakap kesian dia) – Yaya akan menangis kerana ‘malu’. Tapi jika dia terjatuh dan orang disekelilingnya buat tak tahu atau tak peduli – dia akan bangun sendiri, tanpa sedikit pun merenget.. siap boleh gelak2 lagi!

Cha, anak Yeop Yusri dan Yong – sepupu sy juga. Anak ketiga mereka ini lebih happy go lucky orangnya jika dibandingkan dengan Alis dan Ali. Alis kakak Cha, ‘cik control ayu’ dan serius orangnya, tambah pula sejak dah sekolah ni. Ali pulak ‘mat smart dan macho’ – abang Cha. Tentulah Cha akan jadi tumpuan sy, lebih-lebih lagi Cha suka bergambar – banyak gambar dia sy ambil.

Yaya dan Cha memang buat raya sy kali ni gamat. Gamat sangat. Seronok sekali! Mungkin lebih seronok jika dalam keluarga sy sendiri, punya bayi atau anak kecil. Mungkin… Doakan semoga sesiapa yang mahu berkahwin dalan keluarga sy, akan segera ke arah itu. Mudah-mudahan sy cepat punya anak saudara sendiri. Insya-Allah.

Advertisements

2 thoughts on “RAYA 1957 DAN RAYA 2009

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s