LAGU SYAHDU RAYA

Selamat Hari Raya circle

Pada sy Hari Raya Aidilfitri tak lengkap tanpa lagu raya. Kebanyakkan lagu raya iramanya syahdu, lembut dan mendayu. Kehebatan utama adalah pada liriknya. Lirik sedih dan penuh sayu yang selalu berjaya menyentuh emosi pendengar, itulah yang akan  jadi pilihan pendengar. Tak kurang juga lagu ceria bernada gembira. Ini untuk menyemarakkan suasana raya yang sesuai sangat dengan makna ‘meriah’.

Sy suka berkongsi lagu raya kegemaran sy. =Llagu nyanyian Aisyah berjudul Pulanglah.

Satu lagi lagu raya kesukaan sy ialah Sepasang kurung Biru, nyanyian khairil Johari Johar. Sejak sekolah menengah lagi sy dah sukakan lagu ini, tapi tak tahu siapa penyanyinya hinggalah diberitahu seorang rakan ketika terserempak dengan Khairil Johari Johar (penyanyinya) di ‘menara’ Universiti Teknologi Mara (UiTM) . Tak sangka rupanya Encik Khairil johari Johar telah lama menjadi pensyarah muzik di Fakulti Seni Persembahan UiTM. Tak sangka lagu ini juga jadi pilihan beberapa teman di office.

Sayang sekali, tiada klip video lagu ini yang boleh dimuat naik. Yang ada cuma beberapa klip yang dibuat semula. Semoga terhibur dengan dua lagu raya syahdu pilihan sy.

Salam lebaran!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s