DI WAJAHMU KU LIHAT BULAN

Lagu ini hanya sy dengar apabila menonton Perempuan Melayu Terakhir, filem pertama arahan Erma Fatima. Filem itu bukanlah filem gah yang mampu meraih kutipan bernilai jutawan, tapi ia sebuah filem ‘cantik’ yang mengetengahkan sedikit unsur seni budaya. Bukan kegemaran ramai, tapi sy suka menontonnya. Tarikannya adalah lagu ini…

Di Wajahmu Ku Lihat Bulan – Maman

(Klik untuk mendengar lagu ini)

Lirik lagu ini susah saya nak faham. Sy fikir lagu ini untuk seorang perempuan, tetapi ia menggunakan kata ‘Tuan’ sebagai subjeknya.

Di wajahmu kulihat bulan
Yang mengintai di sudut kerlingan
Sedarkah Tuan kau ditatap insan
Yang haus akan belaian

Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan

Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan

Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti akan tuan

Lagu ini diolah dan dinyanyikan semula oleh Maman Teacher’s Pet. Asalnya lagu ini dinyanyikan oleh Sam Saimun. Versi Maman lebih menepati selera saya. Seronok dapat berkongsi lagu ini…

Selepas mendengar lagu ini semula, sy dah mula gilakannya. Sy dengar lagu ini berulang-ulang. Makin lama dengar makin suka, makin damai – lagu ni berhantu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s