KELEMAHAN DAN KELEBIHAN

idea_

Dalu, waktu belajar (sekolah rendah) kita selalu disuruh cikgu menulis karangan tentang diri sendiri – tentu anda ingat lagi… kan? Malah, waktu di sekolah menengah kita juga diminta menyenaraikan minat dan kebolehan kita supaya dapat membantu kita memilih jurusan pengajian (sains tulen, kemanusiaan atau perdagangan).

Ketika mahu isi borang untuk sambung belajar (universiti), tentu anda diminta bertemu dengan cikgu kaunseling (sekolah menengah) untuk memilih jurusan pengajian yang paling sesuai – waktu itu anda disuruh kenalpasti kerjaya pilihan anda (ikut kesesuaian keputusan peperiksaan andalah) . Ha..ha.. sama saja – sy pun melalui proses yang sama.

Dan apabila anda mengisi borang mohon kerja, juga anda diminta isikan maklumat kelebihan/kekuatan dan kelemahan/kekurangan – bahagian ini sy paling tak suka nak isi! Tapi sebab nak kerja terpaksa jugalah diisi.

Baru-baru ini, sy sekali lagi diminta menyenaraikan kelebihan dan kelemahan diri. Hai.. dah bertahun2 tak buat benda2 tu.. nak kena buat balik – payahnya, ni yang sy tak suka. Bukanlah tak kenal diri sendiri, cuma…

Rasionalnya, bila kita kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri, maksudnya kita kenal siapa diri kita. Kita akan tahu potensi diri sendiri dan dapatlah mencari jalan membangunkan potensi itu. Sebaliknya, setiap kelemahan yang kita kenalpasti mengingatkan kita untuk berusaha ke arah memperbaikinya – supaya potensi yang ada akan lebih terserlah tanpa kelemahan yang mungkin akan menyekat pembangunan potensi. Harapanlah…

Okeylah, sy beri diri sendiri sedikit masa untuk memikirnya. Semoga sy dapat siapkannya cepat!

Advertisements

One thought on “KELEMAHAN DAN KELEBIHAN

  1. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s