SEMBANG BILIK PERSIDANGAN

Peluang turut serta dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 (PPA-12) memang sesuatu yang sy nantikan. Pernah terlibat dengan persidangan ini dua tahun lalu, sewaktu office sy menjadi ‘tuan rumah’ PPA-11. Tapi waktu itu, sy jadi salah seorang anggota jawatankuasa – kena bertugas sepanjang persidangan.

Kali ini (PPA-12) – sy masih menjadi anggota jawatankuasa, cuma tidaklah bertugas sepanjang masa. Jadi dapatlah sy menyertai peserta lain lihat dan dengar pembentangan. “Seronok!” Tentu sy akan berkata begitu, kerana dada yang kosong tanpa ilmu (pengetahuan tentang bidang terjemahan) berpeluang diisi. Hakikatnya, kadang2 hanya berlagak ‘tahu’ bila ditanya teman2/pelanggan – yang tepatnya setiap jawapan yg diberi itu sekadar diciplak daripada bahan bacaan.

Kata mereka (peserta PPA-12 dan teman2 sepejabat yang menyertai PPA-12), “pembentangan paling menarik  ialah pembentangan kertas dasar 2”. Pembentangan Tan Sri Profesor Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM). Ramai yang kata “menarik” dan ramai yang puji “hebat”. Sayang sekali sy cuma fokus pada pertengahan pembentangannya. Diawalnya fikiran sy merewang entah ke mana… Akhirnya visual daripada slide powerpoint pembentang itu menyedarkan sy daripada khayalan panjang. “Visualnya memang menarik,” ini kata2  sy.

Pada hari pertama, pembentangan kertas dasar 1 disampaikan oleh Big Boss ITNM, Encik Mohd Khair.

Kemudian diikuti oleh seorang professor dari University of Turku, Findland.

Selepas itu, Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady pula mengambil tempat. Itulah antara pembentangan yang sy tengok dan lihat pada sebelah pagi.

Masuk petang, sy asalnya sekadar membantu Tuan Anuar – jadi jurugambar ketika dia membentangkan kertasnya di bilik persidangan. Oleh kerana dia pembentang terakhir, sempatlah sy lihat dan dengar tiga pembentangan sebelum gilirannya tiba.

Pembentangan pertama, dua pelajar dari negara China – bentangkan kajian mereka tentang penggunaan computer tool dalam terjemahan.

Pembentangan kedua, juga dari negara China (mungkin bukan pelajar) – cerita tentang software yang dihasilkan untuk menterjemah bahasa Cina ke bahasa Inggeris. Hebatnya, study case-nya ialah ‘deja vu…something..something‘ (tak ingat nama software tu) membuktikan software itu mencapai ketepatan terjemahan sehingga 90%. Biarpun tidak 100% hasilnya seperti ‘human translator’, tapi itu satu kemajuan. Hebat! Mungkin terjemahan kita (Malaysia) akan sehebat China bila kita mampu hasilkan software sehebat ‘deja vu…’ tu, atau lebih daripada itu.

Sy juga tertarik dengan pembentangan Ehsan dan Norwati (pensyarah) – membentangkan keperluan terjemahan dikalangan eksekutif dalam tugasan seharian.

Kemudian yang buat sy lebih tertarik adalah pembentangan Jumiyah Ahmad (Pensyarah subjek terjemahan) – ceritakan pengalamannya mengajar subjek terjemahan dan skopnya terjemahan berbantukan komputer. Yang ni sy suka kerana: 1) setiap contoh yang diberi – saya sendiri pernah/selalu ‘buat/guna’ sewaktu mengambil subjek elektif (terjemahan), dan 2) apa yang diperkatakannya tentang pelajar yang mengambil subjek ini memang betul, tepat sangat.

Akhirnya tiba giliran Tuan Anuar. Maaflah tak dengar sangat apa yang dibentangkan… alasan sy: 1) sibuk mengambil gambarnya, banyak2, dalam pelbagai pose – sebab takut gambarnya tak jadi (tak cantik), dan 2) dah pernah baca kertas dan lihat bahan pembentangannya. Apa pun, seronok melihat semangat teman2 sepejabat yang masuk ke bilik persidangan itu sewaktu Tuan Anuar mahu memulakan pembentangan – mungkin tanda semangat… walaupun masing2 bertugas di lokasi berbeza, mereka sanggup masuk dan mendengar pembentangannya. Chaiyo-lah geng, cayalah!

Habis sudah cerita apa yang sy dapat di hari pertama persidangan (PPA-12). Cerita lain, tunggu post berikutnya.

Siri Zooooom PPA-12 Edisi Saya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s