LIANG LAHAD?

16062009379

Tiba-tiba teringat sesuatu bila ternampak gambar ini. Gambar ini dirakam (kamera telefon bimbit) sewaktu hari pertama sy menghadiri kem ibadah anjuran Unit Sumber Manusia office saya.  Takutnya bukan kepalang bila diberitahu, di situlah kami (saya dan peserta lain) akan di kuburkan pada malam terakhir.

Selepas mengambil gambar ini, sy telah kirimkannya kepada teman (hadir kem ibadah sesi 2). Bukan nak menakutkan mereka – tapi sy pasti mereka (termasuk Boss) seram sejuk juga melihatnya.

Sy kumpulan terakhir dikuburkan. Mujur tak dikambus dengan tanah, cuma papan lapis sahaja – itupun cukup MENAKUTKAN. Tambah pula dengan bau kapur barus, mana tak gelabah sy dalam tanah tu. Waktu itu, jenuhlah sy berdoa dan membaca zikir – sy fikir sy pembaca zikir terkuat (suara) dan terpantas (laju mengalahkan LRT)… takut punya pasal.

Itu pengalaman sy di’kubur’kan di kubur sementara. MENAKUTKAN dan sesuatu yang sy bawa balik dari tanah perkuburan palsu itu adalah rasa KEINSAFAN. Semoga sy berhasil berubah menjadi insan yang lebih baik, Insya-Allah.. Amin…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s