BAZAR RAMADAN

Setiap tahun sy memang tak pantas ke bazar Ramadan. Rimas dengan orang ramai bersesak-sesak membeli juadah berbuka. Tahun2 lalu, sy lebih gemar ke kedai menjual nasi campur untuk mendapatkan nasi dan lauk – cuma ikan atau ayam dan sayur tertentu. Untuk melengkapkan juadah berbuka, sy akan beli air tebu atau soya dan kuih digerai berhampiran dengan simpang masuk ke rumah saya.

Bazar Ramadan Kampung Baru (Jalan Raja Alang), jarang sekali sy jejak – banyak sangat peniaga berbangsa Indon, yang membeli pun bangsa Indon… itu yang sy tak gemar. Macam dan tukar jadi bazar Indon!

Semalam, pertama Ramadan dan hari ini, dua hari berturut2 sy ke bazar Ramadan – meneman KYong dan Adik membeli juadah berbuka. Sy harap hari ini akan jadi yang terakhir, kerana bermula esok sy akan berbuka di office sahaja (harapanlah…). Bukan apa, malas menempuh jam balik ke rumah terutama ketika memasuki Keramat hingga Kampung Baru. Di kampung Baru sahaja berdepan kesukaran untuk masuk ke simpang rumah.  Malas berdepan beberapa pemandu bodoh yang memaksa sy merungut dan membodohkan mereka dalam hati sendiri… hilang pahala puasa.

Cerita tentang peniaga di bazar Ramadan – waktu inilah banyak peniaga2 yang cuba mengaut untung tanpa peri kemanusiaan. Contohnya: 1) meletak harga berganda, tak berpatutan pada jualannya, 2) jualan yg ditawar kepada pengguna tak bermutu – ada yang basi dan tak bersih, 3)sukatan jualan ikut suka peniaga, 4) melebarkan gerai jualannya sesuka hati peniaga – hingga melebihi kawasan yang ditetapkan, sampai ke jalan raya-lah, 5) lupa tata tertib berniaga – jangankan nak ucap terima kasih kepada pembeli, siap hulur kuih dengan tangan kiri lagi..macamlah dia sahaja yang ada ramai pelanggan sampai tak cukup tangan melayan. Itulah yang buat sy geram dan malas berkunjung ke bazar Ramadan.

Kisah benar I – sy menyinggah disebuah gerai menjual air tebu di Bazar Ramadan Kampung Baru (dalam). Punyalah nak untung, makcik yang menjual menarik air tebu ‘tinggi2’ (macam mamak buat teh tarik) untuk memenuhi jag air – sukatannya satu jag berharga RM3.50. Tapi kerana hebatnya makcik tu tadi ‘menarik’ air tebu – hanya 3/4 jag tersebut dipenuhi dengan air, manakala 1/4 lagi hanyalah buih yang kian hilang bila air dalam jag tadi di masukkan ke dalam plastik.  Mungkin sebagai peniaga, dengan berbuat begitu dia fikir akan dapat kaya cepat – kerana untung banyak. Mana taknya jika satu belian sebungkus air tebu dia dapat menjimatkan 1/4 jag air tebu, bermakna tiga belian jag sudah cukup menghasilkan satu jag untuk jualan berikutnya (tapi perlu tambah dengan buih daripada air tebu yang ditarik ‘tinggi2’-lah).

Tak jujur! Ingat makcik tu dapat jadi jutawan segera ke kalau menjual secara tak jujur macam itu. Tak tahu apa yang difikir makcik tu… KYong mencubit sy bila cuba bersuara. Kerana ada pembeli begitu, makcik tadi berleluasalah berbuat demikian lagi. Sy berlaku tinggalkan KYong tanda protes atas tindakanya. Sy pasti Kyong sedar.

Bukanlah apa sangat RM3.50 yang sy keluarkan untuk beli sejag air tebu – maklumlah, wang gajian saya adalah hasil bekerja di sebuah pejabat sederhana besar dan agak gah standartnya (standartnya bergantung bidangnya), berhawa dingin pula, kerja selesa, ada waktunya  mengurus acara, sesekali bertegang otak menyedia kertas cadangan atau laporan, catatan kewangan , dan kadang2 dihantar bertugas di luar pejabat, juga adakalanya berbalah dengan Boss bila sesuatu yang dibuat tak dipersetujui, akhirnya melaksanakan juga kerana ia arahan, lain dari itu – dimarah Boss juga bila membuat kesilapan. Apalah sangat nilainya pada makcik itu… Tapi tidakkah makcik itu fikir nilai RM3.50 bagi seorang konduktur bas yang membeli sejag air, seorang makcik cleaner, seorang buruh membuat jalan, seorang buruh membuat bangunan, atau juga seorang pekerja di kedai pencuci kereta. Betapa nilainya RM3.50 bagi keringat orang-orang seperti itu.

Sy doakan makcik yang menjual air tebu itu KAYA cepat – supaya dia tidak perlu lagi menjual air tebu dan secara tidak langsung beri peluang kepada peniaga lain yang tahu nilai RM3.50 bagi keringat setiap pembeli.

Kisah benar II – dalam kesibukan mencari juadah berbuka, ada juga yang memilih kedai makan atau restoran. Sy, satu antara orang yang suka berbuat demikian. Lebih mudah membeli nasi bungkus berbanding berjalan sepanjang bazar mencari satu atau dua jenis makanan. Sy ke Shazana – berhampiran rumah sy, kebetulan mereka menyedia pakej2 istimewa sempena bulan Ramadan ni. Daripada awalnya saya fikir, Alhamdullillah – ini akan memudahkan sy setiap hari, tak apalah jika berbelanja lebih sedikit, asal saja memuaskan.

Bila memesan sy bertanya, adakah pakej yg disediakan itu boleh dibungkus – “boleh” jawab si pelayan. Jadi selepas membelek2 pelbagai pilihan pakej yang disediakan sy memilih pakej 3. Selang 5 minit, sy didatangi seorang lagi pelayan (mungkin ketua pelayan) yang memarahi sy kerana memesan pakej 3, alasannya kerana makanan pakej 3 – tidak ada. Sy yang tak tahu menahu ada atau tidaknya makanan itu – sudah terasa ‘angin’ di sekitar telinga. Sy bersuara agak tinggi menyatakan sy tidak diberitahu bahawa makanan itu tiada, dan mungkin pelayan yang mengambil pesanan sy tadi juga tidak tahu. Lebih menyedihkan si ketua pelayan tu boleh berkata, “awak ni puasa ke tidak, klu puasa sabar sikit”. Nak mengajar pulak, kalau ikut hati ‘angin’ sy ni dengan kerusi2 yang sy duduk tu sy ‘hempok’ di kepalanya. Sy terangkan secara baik bila dijeling oleh Kyong, “Tuan, sepatutnya Tuan beritahu dekat pelayan Tuan tadi bahawa makanan di pakej 3 tidak ada, jadi dia boleh terus maklumkan kepada sy dan pelanggan lain yang memesan. Pelanggan tentu akan pesan makanan lain. Tak perlulah orang ‘ketiga’ beritahu dan marah2…” Agak terkasima (maksud terpegun/terperanjat)  juga ketua pelayan itu mendengar jawapan sy.

Lebih memalukan ketua pelayan tu, bila sy menjeling ke arahnya – sewaktu azan berlagu dan hidangan sy masih belum tiba, kira2 selepas 25 minit kejadian ‘pertengkaran’. Lanjutan daripada itu, 10 minit kemudian sy menerima makanan yang dipesan tapi dalam pinggan – sy minta dibungkuskan sepertimana yang telah sy pesan diawalnya. Kali ini saya jeling lagi pada ketua pelayan tersebut. Dia memaling muka, mungkin sedar ‘service‘ restorannya bukanlah baik mana. Sebaliknya dia memaling muka… malu agaknya.

Sudah, asalnya sy amat tertarik dengan pakej Ramadan yang ditawarkan restoran itu – ingat nak belanja teman2 office berbuka di situ, tapi kerana kejadian itu sy perlu fikirkan balik.

Sy doakan ketua pelayan tu dapat cepat2 bukak restoran sendiri – bagaimana dia melayan pelanggannya nanti – jika semua pelanggan mahu diajarnya mengikut kepala dan anginnya sendiri. Dia patut tahu ‘pelanggan selalu atau sentiasa betul’.

Okey, dah banyak sangat sy tulis dan dah banyak sangat yang anda baca. Sebab anda berjaya tamatkan bacaan anda ini, saya hadiahkan anda sebuah tayangan klip video lagu kegemaran sy di bulan Ramadan, berjudul Ramadhan, nyanyian kumpulan Brothers…

selamat berpuasa!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s