RAMADAN SATU

Apabila awal Ramadan (1 Ramadan) jatuh pada Sabtu, 22 Ogos 2009 – hari cuti, sedikit bosan pada saya. Saya pula tidak merasakan idea pergi pejabat, kemas barang untuk berpindah workstation minggu depan – sebagai idea yang baik. Mungkin sahaja saya boleh buat benda tu esok. Lebih sesuai lepak2 di rumah hari ini – dengan KYong, Adik, Ros dan Pot-Pot (kucing).  Kebetulan pula, Iza perlu pulang ke kampungnya – Ipoh, menziarahi keluarga sapupunya yang meninggal dunia pagi tadi.  Al-Fathihah untuk arwah.

Saya akhirnya cuba habiskan masa bersenang-senang di rumah, bermain dengan Pot-Pot dan tidur. Bosan, dua jam sahaja saya mampu bertahan dalam keadaan begitu… Ah hah.. mujur teringat Lasykar Pelangi – masih belum habis dibaca. Tulah, malu bila dikenangkan pak menteri Dato’ Saifuddin Abdullah tak dapat menghabiskan bacaannya (buku lain) kerana kesibukannya sebagai menteri… sy? bukan menteri pun tak sembat nak habiskan buku yang saya baca sejak sebulan dua lalu… hmmm kesian sangat2!

Dengan menjadikan ruang tamu sebagai ‘port’ bacaan, memakai headphone – memasang lagu2 slow rock berbahasa Inggeris dan rock kapak berbahasa Melayu, dengan bantal di kepala… sy menghayati sepenuhnya buku cerita karya Andrea Hirata itu. Misi sy menghabiskannya dalam masa sehari – lagi pula ia cuma berbaki 151 halaman sahaja.

Beberapa ketika di bab tertentu, sy sedikit tersentuh dengan apa yang sy baca. Pengalaman diri – buku terakhir yang sy baca hingga menitis air mata adalah Anugerah, karya Zaharah Nawawi… itupun beberapa tahun lalu. Pada sy untuk buku Lasykar Pelangi – kesukaran yang dialami watak2nya dengan imbasan keperibadian, usaha dan kesungguhan setiap watak telah melahirkan kepiluan pembaca (macam saya) terutama bila takdir menetapkan ‘bukan’ kejayaan buat mereka (watak2) dipenghujung cerita. Walaupun bukan semua berakhir duka, tapi pilu yang sedikit itu bermakna derita untuk watak tertentu… sedihnya! Mungkin anda (pembaca budiman) tidak faham, jika anda tidak membaca buku berkenaan.

Sy terpaksa beralih ‘port’ bila hampir2 menitiskan air mata waktu baca buku itu.. hilanglah ‘macho’ babes. Apalagi, bilik bajulah akhirnya. Kebetulan pula Pot-pot sedang tidur di situ, sy pun habiskan bacaan buku itu di situ. Sedey sangat2. Tak sabar membaca buku berikutnya dalam trilogi Andrea Hirata – Sang Pemimpin.

boy-reading-book-outside

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s