SOKONG PRODUKSI INDIE – KOPITIAM GHADIR

“Kota kami tak diiktiraf. Ada dalam peta tapi tidak diakui wujud. Tapi tak apa. Tak pandang pun tak apa, kami tetap bahagia…” bait ayat yang diucapkan pelakon dalam Kopitiam Ghadir.

Pertama kali sy menonton teater arahan Faisal Tehrani. Itupun kerana tayangan dibuat ditempat sy bekerja. Malu rasanya jika sy tak menonton, apa pula nak dijawab jika ditanya teman2 nanti. ‘Rezeki jangan ditolak’ – bila dikhabarkan 10 tiket (tayangan hari pertama) bakal ditaja Big Boss, bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’lah jadinya. Ha..ha.. Sy dan beberapa teman menonton dengan senang hatilah…

poster dah edit

Selalunya teater membawa suatu gagasan pemikiran, penghujungnya ketara akan menyentuh dua perkara ini: 1) sama ada kesudahannya menghuraikan segala jawapan daripada pemikiran itu atau 2) mahu penonton memikir sendiri jawapan mengikut pemahaman masing-masing.

Sebelum menekan kekunci keyboard untuk merangka ‘post’ ini, sy telah terlebih dahulu membaca coretan Faisal Tehrani menerusi blognya. ‘Kopitiam Ghadir bercita-cita besar untuk mencabar Puitika Aristotle’… sila rujuk http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/08/puitika-aristotle-kopitiam-ghadir.html untuk pemahanan lanjut. Sy sendiri tak berapa faham tentang Puitika Aristotle. Naifnya saya! Menerusi laman blog itu, benar sy memang tak memahami semua yang dikhabarkan tentang teater ini oleh sutradaranya sendiri.

Sy ‘strait‘ orangnya. Yang tersuratpun kadang2 susah difahami, apalagi untuk mengerti yg tersirat. Yang menarik sy menonton teater ini ialah untuk melihat bagaimana sutradaranya dapat menyusun produksi beraksi cemerlang dengan menggunakan kemudahan setakad minima di dewan tempat saya bekerja. Tanpa pentas dengan kelebaran dan ketinggian bersesuaian untuk sebuah pementasan, tanpa sistem audio hebat dengan speaker yang bersaiznya sebesar guni beras (seperti di Istana Budaya)…  Sy fikir dewan dan sistem audio yang ada, akan menjadikan teater itu tak lebih daripada persembahan drama di dewan sekolah. Sayang jika ia jadi begitu… Yalah, kami (pejabat saya) tidak punya dewan se’gah’ Istana Budaya.

Apapun, Kopitiam Ghadir tak menghampakan. Sy kira muzik dan lagu2 yang dibawa menerusi teater ini meng’hidup’kan gagasan pemikiran yang digalas sutradaranya. Kebanyakan lagunya sedap didengar. Pelakon dan penyanyinya juga boleh tahan, walaupun sy tak kenal mereka. Nyata kesempitan dewan menyekat pergerakan pelakon. Jelas sekali produksi mengguna setiap ruang untuk memastikan mereka tidak kaku. Kira hebatlah.. – selepas masalah pertukaran dewan pementasan, produksi masih boleh menyajikan yang terbaik buat penonton. Okeylah tu…

Dialog ringkas, sekali sekala penonton ketawa mendengar bait kelakar pelakon Kopitiam Ghadir. Tak kurang juga, ada yang ketawa kecil mendengar sindiran sinis. Ha..ha.. Dipertengahan teater, Tuan Sutradara membawakan ‘kesahihan Hadith’ – ini menarik. Sy kira ada maknanya – cuma ‘segan’ (dalam loghat yg sy tahu, membawa dua maksud: 1) malu, dan 2) malas. Yang sy gunakan tadi adalah maksud ke dua, iaitu malas) nak mencari maknanya. Boleh jadi berkaitan kepimpinan… Tambah satu point – teater ini mengetengahkan selawat.

Bagi teman2 yang membaca ‘post’ sy ini. Jika ada kelapangan, datanglah menonton Kopitiam Ghadir di Dewan ITNM, Wisma ITNM, Kuala Lumpur, pada jam 9.00 malam. Tayangan bermula hari ini hingga Ahad, 16 Ogos 2009.

Sy tidak dibayar untuk promote pementasan ini. Cuma terpanggil sendiri, menyokong teater produksi Indie – jika boleh digelar Indie (pementasan teater yang bergerak sendiri tanpa didanai oleh mana2 institusi). Jika kita boleh menyokong muzik yang dibawakan penyanyi solo atau kumpulan muzik Indie (Meet Uncle Hussain, Hujan, bunkface dan Yuna), kenapa tidak produksi teater Indie seperti ini? Fikirkan!

Tahniah produksi Kopitiam Ghadir dan tahniah A.Kurus (selaku juruteknik pementasan Kopitian Ghadir – lantikan secara tiba2).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s