PENSIL

Macam tak percaya, tapi itu yang terjadi. Sy hampir menangis waktu menonton filem ini.. Saya tidak menonton filem ini dipanggung. Alasan: 1) sibuk 2) filem ni biasa2 jer.. – memangpun. Mujur ada tayang di astro, saya pun tontonlah…

pensil

Filem Pensil, biasa saja. Pelakonnya, memang daripada nama2 besar seperti Ruminah Sidek, Khatijah Tan, Jalil Hamid – tapi bukanlah nama yang ‘popular’ sekarang jika dibandingkan pelakon Fasha Sandha, Adi Putra, Farid Kamil atau Liyana Jasmey..Namun cerita ini ada ‘something’.

Magik yang dibawakan M. Subash (pengarah, pelakon dll – semua dia buat) adalah unsur kemanusiaan dan ketuhanan. Seorang lelaki cacat berazam, berusaha menyara hidup ibu tirinya – walaupun dia tahu dia tidak disukai apa lagi disenangi. Selain keluarga terdekat yang tak mahu menerimanya, orang sekitar juga tak ambil endah kehidupan insan istimewa sepertinya. Keazamannya ditonjol dari mula hingga akhir filem – tapi tak pula dipapar kejayaannya.

Dalam filem ini M.Subash mengetengahkan golongan ‘pengambil’ kesempatan. Golongan itu, saudara mara terdekat pula…  kesian. Wujud juga masyarakat penuh simpati dan ehsan yang berhampiran dengan Badrul (watak utama filem ini), buktinya jualan bubur Badrul laku…

Pada saya pensil adalah ‘alat’ menamatkan filem ini… persoalan yang lebih berat dibawa M.Subash iaitu dendam, kasih sayang dan kebahagiaan – tak dipaparkan dalam kesudahannya. Penamat cerita, saya tak berapa berkenan. Cerita ‘strait’ seperti itu tak perlukan kesudahan yang memerlukan penonton berfikir – Badrul berjaya atau tidak. 

Satu lagi perkara menarik dalam filem ini ialah – watak Jalil Hamid. Seorang yang tidak siuman, tertekan dengan peristiwa lampau dan keliru dengan perasaan sendiri. Penganiayaan yang dialami waktu kanak-kanak jadi bebanan dirinya seorang. Badrul menyedarkan dirinya waktu dia telah benar2 taksub mengembalikan sejarah hitamnya. 

Logiknya tiada masalah yang tak dapat diatasi. Untuk itu, setiap bebanan haruslah dikongsi bersama orang lain (teman rapat/suami isteri/rakan/keluarga) walaupun tiada jalan dicapai untuk meringankan beban itu, setidak2nya berkongsi cerita…   Tenanglah sedikit hati, boleh fikir secara rasional semula.

Satu yang tepat dalam cerita Malaysia ni.. sedih..sedih lagi.. dan sedih lagi..dan terus sedih sedih lagi… sampai kesudahlah sedih…

Lakonan Ruminah Sidek tak menghampakan langsung. Dia dah lari daripada ikon hantu yang dibawakan sejak Jangan pandang Belakang. Mujur, dia menghidupkan cerita itu. M.Subash..ehmm.. okeylah, tak ramai pelakon berbangsa India sanggup buat filem Melayu walaupun naskhah asal filem ini adalah telemovie tamil yang juga diarahkan oleh M.Subash.

Ahakks… menonton tv sambil baring, mujur ada bantal – bolehlah cover sikit bila mata terasa bagai nak berair. Kalau yang lain nampak.. tak MACHOlah wei! 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s