JAGA TELUR

Telur milik saya
Telur milik saya

Perkara pertama semasa menjalani kem ibadah ialah setiap peserta lain diberikan kumpulan. Kami juga dimaklumkan, setiap kumpulan diberi markah 100 – markah akan ditolak jika ada anggota kumpulan yang buat kesalahan dan ditambah jika buat sesuatu yang ustaz suka. Kami juga diberi tugasan awal – memilih nama kumpulan, mencipta logo dan moto serta memilih sebuah lagu yang hampir dengan misi kumpulan kami. Kemudian buat penerangan mengenainya di hadapan ustaz dan kumpulan lain. Kumpulan kami – 1heart, moto – satu hati menggapai misi, slogan – heart, mission, excellence. Lagu tema kami – sama2 menjejak mimpi, sama2.. (tak tau tajuk lagu)

Kumpulan sy dianggotai oleh Otai – Encik Sakri, KSenah, KJu dan Abg Kurus, yang tak otai pula – sy, Shah dan Nana. Yang selalu kasi markah kena tolak ialah Shah, Encik Sakri dan saya. Antara sebab kumpulan kami ditolak markah ialah fesyen rambut, suka menyampuk, tidur, mengantuk, tidur, mengantuk, tidur, tidur dan tidur lagi waktu ustaz sedang bercakap. KSenah dan KJu okey, maklumlah diorang baik2 belaka. Nana sendiri beri markah tambahan pada kami – aktiviti petang, hari pertama dia dah mula bertudung.. harusla dapat markah!

Di bawah; video presentation kumpulan kami. Maaflah, time menyanyi tu suara sy over sikit – klu tak nyanyi kena tolak markah, terpaksalah nyanyi kuat2. 

Usai buat presentation kami dihadiahkan telur sorang sebiji. Kami diminta jaga telur tu supaya tak pecah, apa lagi hilang. Macam2 benda yg kami buat kat telur tu – elak dari pecah dan hilang. Masing-masing jagalah telur sendiri!

Gambar kat bawah – beberapa telur menarik yang sempat dirakamkan fotonya. Kesian K.Ija, dia jadi peserta pertama yang pecah telur dan diganti dengan batu.

Siri Zooooom Kem Ibadah Edisi Saya, 15 – 17 Jun 2009 + 18 – 20 Jun 2009
Advertisements

2 thoughts on “JAGA TELUR

  1. Part jaga telur ni, tetiba, En. Shuaimi datang ke tempat kami…
    Katanya “selama ni jaga telur tak susah pon, tapi kali ni rasah susah benor….” hahaha…

    terus terpikir apa yang korang pikirkanlah…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s