ANTARA PANJANG DAN PENDEK UMUR

Pagi lagi sy dah bangun untuk memandu ke bandar Melaka – cari hotel, chalet atau resort lain untuk menginap. K.Atie, Gee dan Alia juga bersama2. Masing2 tak tahan dengan gigitan nyamuk di Kak Long Chalet Resort.

Mana2 hotel, chalet & resort yang kami nampak, kami akan singgah. Tanyakan bilik kosong… yang sesuai dgn hargalah (budget kami tak besar mana…). Akhirnya, kami kami dapat bilik di sebuah hotel baru – Famosa Hotel (bangunannya warna hijau). Sebuah hotel yang simple dan comel. Setiap tingkat dibezakan dengan warna – hijau, biru, kuning, merah dan putih. Alhamdullillah! Mujur selesai operasi mencari hotel ni… 

Fikir2, demi mencari tempat menginap yang selesa sikit daripada tempat penginapan kami malam sebelumnya – kami sanggup bergegas keluar ke bandar melaka, sesat dan berpusing-pusing di bandar Melaka dalam kelaparan, menyusur keluar pula hingga menghampiri Tanjung Keling dan berpusing balik ke bandar Melaka… fuhh..

Sambung cerita pasal Famosa hotel, yang bestnya kat hotel tu – ada dua kerusi unik, satu kerusi Panjang Umur dan satu lagi kerusi pendek mur. Kerusi Panjang Umur – memang dilabelkan ‘panjang umur’. Kerusi pendek umur pula, nampak kukuh dan tegap, tapi bila duduk… terus terjungkang jungkit kiri dan kanan, senget2  dan tak tegak. Terkejut sesiapa yang duduk di situ. Termasuklah sy…

Untung juga, selesai kami menempah bilik di Famosa Hotel (dengan bayaran RM170.00) kami jugak jumpa tempat untuk sarapan. Sarapan? Kami jumpa warung jual asam pedas waktu pagi (betul2 depan hotel Famosa). Sedap giler asam pedas ikan tenggiri! Kuahnya pekat, tak terlalu pedas dan tak terlalu masam (asam pedas di KL kadang2 over masam). Sedap sangat… pleaselah percaya! Tulah kelebihan Melaka – asam pedasnya.

Siap makan kami balik ke Kak Long Chalet Resort untuk kemas barang dan teruskan agenda kami seterusnya – gi wedding Kak Ain dan melawat tempat bersejarah di bandar Melaka.

Siri Zooooom Melaka Edisi Saya (5 – 7 Mei 2009)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s