MAJLIS KAHWIN ABG BU

Ketika Abg Bu (Khai) menyerahkan kad undangan perkahwinannya, sy dah terlebih dulu maklum mengenainya – sebelum pokok bergoyang, dah terasa angin yang bertiup sepoi2 bahasa. Waktu itu yg lebih merisaukan – takut utk kecilkan hati kawan jika tak hadir pada weddingnya. Mengaku, sebelum ni sy jugak gagal utk menghadiri majlis perkahwinan kawan seperti majlis Firr, cam tu jugak masa  hari besar KSiti Aminah dulu. Maaf la tak dpt gi…

Akhirnya sy menjengah sekejap di majlis perkahwinan Khai yang berlangsung di Dewan Masjid Wilayah. Kebetulan pula ada kiriman hadiah dari pejabat untuknya. Cam ‘posto2’ la pulak sy ni… – tukang bawak hadiah. Mujur ada KYat – ada jugak la teman bersembang. KSenah jugak join sekaki (sekali dengan adik ipar dan anak2nya), tapi ikut kereta dari belakang. Dan itulah pertama kali dalam sejarah – sy memandu 25 -30 km sejam. Tak tahan siut.. – nak pecut risau KSenah tertinggal jauh sangat, tak pecut ALAMAK hai tensionnya… sampai jugak akhirnya, Fuhh lega sgt2.

Copy of 13062009354

Sampai je kami di majlis tu, tuan rumah minta kami ke meja khas VIP. Terfikir jugak kenapa kami diminta duduk di meja VIP – rupanya tiada yg lain dari pejabat yg datang melainkan kami. Untung jugak datang majlis ini. Tak lama kemudian muncul Encik Anuar dan isteri utk sertai kami. Selang beberapa minit, Abg Kurus, isteri dan babynya pula sampai… meriah meja makan kami – acara usik mengusik dan kutuk mengkutuk sesama kami, seronok sampai terlupa pengantin di depan.

Kejutan – ketika sedang makan, RJS pula datang dengan bakal surinya… Tahniah! Sayang mereka tak mahu makan sekali dengan kami – tak dptlah berkenal2 lanjut dgn teman istimewa RJS. Mungkin RJS sengaja nak rahsiakan kut? kut la… ketika kami mula angkat kaki, nak balik – muncul suami KFau dan Dato’ Wan.

Apapun, sy ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat berbahagia kepada Abg Bu dan isteri. Semoga mahligai cinta mereka kekal, sejahtera, bahagia, aman, sentosa dan sempurna selama-lamanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s