MALAM BERINAI

Sesak nafas sy dan teman2 dgn suasana di Kak Long Chalet Resort malam itu dikuburkan seketika oleh perasaan excited kami menghadiri ‘majlis malam berinai’ di rumah nenek Ain. Apa yang sy bayangkan waktu itu – mungkin acara meng’inai’kan pengantin. Maklumlah pertama kali menyaksikan acara ini – tak ada apa yang dapat difikirkan, hanya dijelaskan dengan nama acara itu.

Ketibaan kami disambut suara mendayu sekumpulan lelaki sedang melagukan bacaan Al-Quran dan disambung dengan nyanyian marhaban. Nampaknya perut kami masih perlu menanti untuk jamuan yang hanya akan bermula usai marhaban, paluan kompang, sambut pengantin dan persandingan. Kali ni, perut kami pula berlagu! Mujur juga, ahli keluarga Ain sedar kegelisahan kami yg kelaparan – kami disaji dengan karipap dan beberap jenis kuih lain. Itulah karipap yang paling sedap pernah dirasa – sy makan empat ketul, Alia pula lima, K.Atie dan Gee masing-masing tiga. Sedap sungguh karipap itu…

 Kumpulan kompang di kampung sy gabungan remaja lelaki dan perempuan. Kali ini, yg kami saksikan hanya kumpulan kompang yang disertai lelaki remaja dan dewasa saja. Beberapa lagu dimainkan khas untuk mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pengantin. Dihujung persembahan pengantin perempuan mula diarak keluar bagi menanti ketibaan pengantin lelaki. Barulah nampak muka kakak Ain… berseri2 (sekali pandang, memang macam Ain).

Sebelum keluar, bersama2 menanti kedatangan pengantin lelaki – kami dijamu sup tulang yang sedap giler… Pergh! Sup tulang – makanan yang sy makan setahun sekali,  pada hari raya pertama (menu wajib mak saya pg hari raya). Kami makan sampai menjilat sudu la…

Tiba sahaja pengantin lelaki, paluan kompang lebih kuat. Pengantin lelaki dan perempuan diarak ke perkarangan rumah. Bunga api (pernah dipanggil KLCC – krn percikan apinya yg tinggi) dipasang sepanjang laluan berarak menarik minat kami. Susah nak tengok benda2 macam tu – musim raya shj dan bunga api jenis itu dilarang oleh pihak berkuasa. Teringin juga nak tanya ‘dapat kat mana bunga api tu..?’ rasa macam nak beli pun ada..

Lepas bunga api, pengantin bersanding di dalam rumah. Waktu ini semua tetamu dijemput makan. Hidangannya; kari daging yg sedap dengan nasi impit. Bubble atas kepala – kalaulah ada nasi dan kicap, memang langsailah kari daging ni. Kerana kurang gemar nasi yg dikepit – sy jamah sikit saja.  

Dah makan, kami pun balik ke chalet. Sesak semula nafas kami nak jejak kaki ke chalet yang penuh nyamuk itu. Dalam hati, masing2 berkira2 untuk bangun awal dan mencari hotel/chalet lain untuk malam esok. Kali ni, mahal pun tak mengapa – asal selesa.

Siri Zooooom Melaka Edisi Saya, 5 – 7 Jun 2009

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s