SIRI ZOOOOOM KEM IBADAH EDISI SAYA

“Jadual kitorang pack sangat, pas habis satu event – ada satu lagi, monday nak gi kem ibadah lak… takut tak larat kak..!” tulah ayat saya dengan K.Ijah sebelum gi kem ibadah yang dianjurkan office. Nak cari jalan utk fly, takkan dapat buat – siapalah kita (sedar diri…). Sure takkan dapat punya.

Ahad malam tu, usai acara yg dikerjakan – sy hantar K.Yat balik (dah janji, tanda terima kasih atas bantuan K.Yat urus event mlm tu). Sampai rumah kira2 jam 2.39 pagi – ngantuk, baju utk kem esok tak kemas lagi, lupa pula pesan dgn KYong tuk kejut awal – Kyong dah lama tidur. Kunci jam sendiri – 5.30 pg kena bangun (nak kemas baju & keperluan kat kem). Bangun pagi esok, jam dah 6.30 pg – Kyong kejut macam biasa utk gi kerja. ALAMAK, lewat bangun – bas gerak pukul 7.00 pg… Arghhhh abis lah gua..!

Bagai lipas kudung sy bersiap dan isikan baju yg boleh dicapai dalam beg. Dalam hati berdoa – biar bas gerak lewat sikit jam 8.00 pg , dan harap yg lain pun lewat jugak sebab tak tau nak cakap apa kalau K.Ijah tanya nanti… Sampai di office jam 7.45 pg – org lain dah berkumpul. Sempat say sowy kat K.Senah yg jd ketua rombongan kem ibadah sesi I – jujur, sy kata, sy terlewat bangun. Mujur bukan sy saja yg lewat. Semua ahli rombongan dalam bas menanti Tuan Saiful yg jugak  lewat. Akhirnya bas kami gerak ke Seri Pena, Teluk Kemang, Port Dickson kira2 jam 8.15 pg. 

Itulah, dalam tak nak, tak mahu dan tak ready utk hadiri kem ibadah – sy join jugak, arahan babes mestilah ikut. Kem ibadah anjuran pihak pengurusan, diuruskan oleh unit HR dan dikendalikan oleh Human Tauch Consultant. Usai kem, bersyukur – syukur sebab ditentukan Allah SWT untuk sertai kem ni. Byk yg sy dpt. Actually byk yg diberi. Biarpun bukan semua masuk minda dan hati – hakikatnya yg kecil – sy dapat tu bermakna sgt.

Lepas ni, harap dapat berkongsi sedikit pengalaman tentang aktiviti/program kem ibadah tu – untuk yg sertainya sebagai memori bersama dan utk yg tak sertai dptlah rasai pengalaman sy yg join ni… Bak kata K.Ijah, “maka rugilah sesiapa yag tak menghadiri kursus ni..” Rugi atau tak tergantung pada penerimaan orang tu sendiri. Pergilah berjuta kem ibadah pun – jika tak mahu berubah, tiada apalah yang akan berubah! (ayat ni utk kesedaran sy sendiri).

Siri Zooooom Kem Ibadah Edisi Saya, 15 – 17 Jun 2009 + 18 – 20 Jun 2009

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s