MANA SETANGGINYA

Lama sungguh tak menonton teater. Terakhir menonton Bangsawan Tasik Chini, kemudian menonton persembahan muzikal tradisi yang dipersembahkan oleh pemuzik2 kecil Istana Budaya (IB).

Mengerjakan pelancaran Mana Setangginya, buku karya Cikgu Noordin (SN Dato’ Noordin Hassan) edisi bahasa Inggeris, membawa sy dan teman2 sepejabat menonton teater Mana Setangginya juga daripada naskhah Cikgu Noordin yang dipentaskan sempena Minggu Sastera Utusan. Kami terima tajaan beberapa syarikat yang bekerja dgn kami utk tonton teater tersebut. Bukan saja staf, Sasterawan dan penulis2 tersohor tanah air juga ditaja menonton.  

Seronok juga, tapi yang dibuku lebih mendalam. Walaupun naskhah ni ditulis Cikgu Noordin 10 tahun lalu, mesejnya sesuai untuk masa ini – pemimpin, masyarakat, budaya, gaya hidup, dan tuntun fizikal dan rohani. Yang penting ‘ KETUHANAN’ dan ‘KEPERCAYAAN’.

Setangginya – kelakarnya saya tidak tahu apa tu setanggi. Cuma teringat dialog bapa Saadiah dalam movie Musang Berjanggut, “Nama hamba kemiyan. Ini isteri hamba, Setanggi..” Saadiah menyampuk waktu itu, ” dan nama hamba, Bekas Bara…” – jadi sy maklum setanggi, kemiyan dan bekas bara – kira sekalilah.. Rupanya setanggi datang dari pohonnya, kulit pohon itu diguna sebagai setanggi yang dibakar bersama kemiyan, dan juga diguna bersama kapur barus – untuk pengkebumian. Pohon setanggi mengeluarkan haruman, semerbak – lambang suci dan berkatnya sesuatu tempat (mengikut kisah Mana setangginya naskhah Cikgu Noordin).

Acara berlangsung dengan baik. Tahniah Nuar yang uruskan kebanyakan benda dlm event tu. Biarpun byk yg kita ‘lupa’ – tp bantuan team kita, menjadikan semuanya nampak sempurna. Thank you semua.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s