JEJAK RUMAH PENGANTIN

DSC05978

5 Jun 09 – Hari tu saya minta utk pulang awal sejam daripada Boss. Possiblelity untuk tak dapat tu memang ada. Tapi mencuba dan gagal lagi baik daripada tak cuba langsung. Mood Boss baik agaknya – i’ve got it. Paling mengejutkan K.Atie pun dpt kelepasan untuk balik awal. Pergh… tak sangka siut.

Kitorang gerak dalam 4.50 petang. Harapannya untuk sampai di Melaka Bandaraya Bersejarah dalam jam 7.30 malam. Saya pernah sekali memandu ke Melaka (A Famosa Resort) kerana berkursus dulu. Jadi perjalanan ke sana tidak menyukarkan dan yang bagusnya, permanduan saya strait sampai Melaka tanpa menyinggah2 seperti biasa selalu.

Mujur juga saya pergi dengan orang2 yang pakai belasah je.. dengan kereta yang belum dihantar cuci, berhabuk, siap ada sampah sikit, semua orang boleh happy sepanjang perjalanan sambil melalak dalam kereta. Dalam keadaan kereta saya yg sempit, air-cond yang tak function (pehhh.. rupanya saya lupa on air-cond )- tak da siapa yang bersuara, selepas suku perjalanan baru saya perasan dan on kan air-cond, barula semua lege… hampeh! 

Mungkin kerana kecekapan pemanduan atau hebatnya kereta saya – kami tiba kira2 jam 6.15 di bandar Malaka. Pergh… boleh bangga la driver!

Mungkin kerana excited sangat sebab sampai cepat, kami berdepan masalah untuk menjejaki rumah pengantin (rumah nenek Ain). Kampung Teluk Mas… berhenti beberapa kali jugak kami untuk tanya direction. K.Atie mungkin orang yang paling stress – menyalahkan peta yang tersalah cetak kedudukan stesen minyak yang kami lalui.. Bukan apa, risau terlepas ‘majlis malam berinai’.

Apapun kitorang sampai jugak kat rumah nenek Ain… Dalam jam 7.15 malam jugak la. Okay la kan sampai gak. Perut dah berbunyi tanda lapar giler. Dah boleh dengar lagu macam keroncong dondang sayang kat perut saya… Dalam kepala otak kitorang – Harap2 dapat makan kat rumah pengantin…

Siri Zooooom Melaka Edisi Saya: 5 – 7 Jun 2009

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s