HOT MAMA

Alhamdullillah.. Anda masih lagi menatap 123’s Weblog di ‘wilayah’ shida123.wordpress.com. Terima kasih kerana masih setia melayari laman ini.

Saya nak ucapkan tahniah untuk beberapa teman yang akan mendapat ‘rezeki’ tak terkira hebat dari Allah SWT. Untuk Ecah, Mass dan Arisha. Tahniah kat diorang sebab bakal menimang cahaya mata. Ecah dan Arisha akan dapat putera/puteri sulung. Mass pula akan menimang cahaya mata kedua. Alhamdulillah dan doakan yang baik2 untuk mereka. Semoga ibu dan anak sihat sejahtera.

Teringat cerita lama, waktu K.Hasna mengandung dahulu, kami di office pakat2 nak bagi nama pada anaknya yang bakal lahir – Mohd Farish Iskandar. Selamat bersalin K.Hasna bagi tau, tak boleh letak nama anak panjang2. Jadi dinamakan Muhammad Farish. Dah besar dah Farish sekarang, comel dan lincah lagi…

Ketika A.Kurus gembira dengan kelahiran puteri sulung, kami sepejabat tumpang happy sekali. Waktu itu kami gelar anaknya ‘Sara’ sesuai dengan drama bersiri yang tengah hot waktu itu – Gelora Di Hati Sara. Sara dalam cerita tu seorang yang cantik & baik, lakonan Fauziah Latiff. Tapi permata hati A.Kurus, Damia Batrisha namanya – lebih baik maknanya. Baby yang tembam dan comel sgt2.

Balik pada cerita hot mama kita, Arisha dan Mass mungkin akan bercuti panjang tak lama lagi untuk kelahiran permata hati mereka. Ecah mungkin beberapa bulan lagi baru bercuti panjang. Sempat lagilah saya mengacau Ecah di tingkat 2. Cunnya Ecah sejak2 bakal jadi ibu ni.. Yelah.. hot mama la katakan.

Lihat gambar di bawah… gambar hot mama kita!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s