HANYA UNTUK PENGANGGUR

Karnival kerjaya, lazimnya untuk penganggur, graduan yang baru habis belajar atau mereka yang telah bekerja tetapi berhasrat mencari kerja baru. Malangnya karnival kerjaya yang berlangsung di PWTC hujung minggu lalu, hanya terbuka untuk penganggur (khususnya graduan yang menganggur).

Bila berkunjung dikebanyakan booth, petugas memaklumkan tawaran hanyalah untuk penganggur sahaja. Tawaran bukan hanya di sektor korporat tetapi juga sektor kerajaan, tapi boleh dikiralah booth Jabatan Kerajaan nak dibandingkan syarikat2 korporat.

Kebanyakkannya menawarkan pinjaman membuka perniagaan sendiri, latihan menjadi usahawan dan bengkel2 khas mendalami perniagaan dalam bidang tertentu. Tak kurang juga tawaran bagi pekerjaan dalam bidang seperti jualan, pemasaran, pengurusan, khidmat pelanggan dan pentadbiran.

Antara yang paling hot ‘management trainee’. Tapi tak ramai yang berminat mencubanya, sebab setiap mahasiswa kan telah ada pengkhususan masing2, tentunya latihan secara ‘management trainee’ tak dapat menarik minat mereka. Apatah lagi jika keinginan mereka adalah kerja dibidang yang mereka pelajari dan dalami.

Rata2nya setiap syarikat korporat perlukan eksekutif jualan dan pegawai pemasaran. ‘Pemasaran dan Jualan’, itulah cadang yang paling ‘laku’ sekarang. Lagi hebat anda sebagai ‘penjual’ atau ‘pemasar’ lagi ‘mahsyuklah’ poket anda.

Berbalik kepada karnival kerjaya di PWTC, tentu pulang hampalah orang2 yang telah bekerja yang mengunjunginya. Mana taknya, peluang untuk mereka tertutup kerana ia seolah2 dikhaskan untuk penganggur sahaja. Kalau adapun peluang untuk mereka yang berpengalaman, ianya taklah sebanyak mana… macam satu dalam 1,000.

Dalam keadaan ekonomi yang dikatakan tak menentu ni, sesiapa yang ada kerja perlulah bersyukur dengan kerja yang ada, sebab berpuluh ribu lagi yang masih tak kerja dan tak dapat bekerja…

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s