TUTUP BUKU PBAKL’09

Sekian lama tak meletak sesuatu pada laman ini. Sibuk la, tak sempat, mana ada masa nak buat – itu jawapan saya bila gagal siapkan sesuatu yang diminta Boss. “alasan!”, itu katanya. Hakikatnya itu bukan alasan, tapi kenyataan.  Itu jugalah jawapan saya bagi kegagalan mengisi bahan dalam laman ini.

*****

Banyak yg berlaku dan dilakukan saya beberapa bulan ini. Seronok, sedih, bosan, geram, hampeh, gembira, bangga semua saya rasa sepanjang beberapa bulan ini, khusus mengerjakan sesuatu untuk PBAKL ’09. Kebanyakkannya melibatkan perjalanan kerja saya – maaf tak boleh diceritakan di sini. Bagaimanapun ‘tabik’ sangat2 kat semua team member kat office yang berusaha tak kira siang malam untuk menjadikan ‘impian kami’ suatu kenyataan dan kejayaan. Tahniah you all!

*****

Adik Casher

Adik-adik casher di gerai jualan semasa di PBAKL ’09 lalu. Mereka ni bukan sekadar juruwang tapi turut punggah barang, kira stok buku, jadi runner dan penyusun buku sepanjang 10 hari berniaga di PWTC.

Ajay, paling kuat dikalangan mereka. Bab angkut-mengangkut buku dialah yang selalu saya kerah. Mujur dia tidak berkira dan selalu menurut. Baru dapat keputusan SPM, mahu menyambung pengajian dalam bidang berkaitan grafik atau animasi. Good luck

Aidil, rajin sungguh. Tapi di kaunter. Mudah ditegur dan selalu ceria.

Seorang lagi, maaf saya lupa namanya. Tapi yang ini rajin menyusun buku. Walaupun kadang kala dia mengeluh, tapi tetap susun dan ganti juga buku pada rak2 yang kosong selepas dibeli pengunjung gerai. Sama ada dia takut dengan saya atau dia sendiri rungsing tengok rak kosong yang dapat dilihatnya dengan jelas dari kaunter bayaran. Selalunya saya tak perlu mengarah, dia sendiri akan mengisi buku baru tanpa disuruh.

Seorang lagi adik casher yang bertugas ialah Faizol. Dia ni kerap tidak kelihatan di gerai, cuti sakit dan cuti kerana berkursus.

Mungkin ini pengalaman awal bagi Ajay, Aidil dan adik yang sorang lagi tu bekerja. Rata-rata ketiga-tiganya nampak seronok bekerja, jelas ketiga-tiganya nampak letih di hari terakhir. Semangat mereka untuk kumpul duit sebelum masing-masing menyambung pengajian memang baik. Saya pun buat benda yang sama dulu. Tapi semua tu berbaloi. (lihat foto; yang berbaju hitam)

*****

Petugas Jualan

Mereka2 ni, bertindak membantu jualan. Macam latihan, mereka diminta mempraktikkan skil jualan dan pemasaran yang mereka ada. Biarpun bukan semua ada background sales atau marketing, namun kesemuanya menggambil peluang sepanjang 10 hari pesta berlangsung untuk ‘belajar buat jualan’. Ada yang benar2 menunjukkan kesungguhan, ada juga yang memang ada telent ‘penjual’ tak kurang juga yang sekadar mencuba. (lihat foto; yang berbaju putih)

     *****

Angkut buku, bawak balik

Malam akhir di PWTC, kami bertujuh – saya, Abg Kurus, Nasha, adik2 casher dan Shafik kemas buku dan bungkus untuk dibawa balik. Kami selesai mengejakan buku-buku itu, kira kira jam 1.45 pagi. Pehh… masing2 letih. Pasal selesai kerja lewat malam ni perkara biasa pada saya, tapi untuk kerja2 memunggah buku – ini kali pertama. Bagai nak patah pinggang, macam nak tercabut tangan. Esoknya di office semua yang punggah-menunggah buku, tak datang kerja (kecuali saya), MC. Al-maklum penat! 

*****

 Jumpa penulis hebat!

Jumpa lagi… lepas bertemu dengan mereka 18 Mei tahun lalu, kali ni dapat jumpa lagi. Mereka mempromosikan karya mereka yang diterjemahkan dan diterbitkan. Kali ini yang saya jumpa SN Datuk A. Samad Said, SN Prof. Muhammad Haji Salleh, Pak Azizi, Pak Agi, Dr. Siti Zainon, Prof. Zak (Zakaria Ali), Faisal Tehrani dan Dato’ Anwar Ridhwan. Mereka diundang untuk ‘sesi autograf’. Selain itu Puan Nur Safura @ Soo Cham, juga saya jumpa ketika dia mengunjungi gerai untuk beli buku. 

Bertuahnya dapat lihat dan dengar sendiri penulis2 hebat ni mendeklamasi dan melagukan puisi mereka. Ada juga yang membacakan petikan daripada novel mereka. Sempat juga merakamkan detik2 kunjungan mereka ke gerai. Malangnya tak sempat ambil gambar bersama mereka, apalagi minta autograf. Maklumlah… kerja.

  *****

Ghairah Beli Buku Untuk Dapat Myvi

Pelengkap pesta buku! Tawaran beli buku dan peluang memenangi Myvi dan hadiah lain bernilai RM100,000, memang memukau. Kebanyakkan pengunjung dah tahu tentang itu, mereka saksikan promonya di TV. Selain tu, iklannya juga tersiar di dada akhbar setiap hujung minggu. Gamat gerai pada hari terakhir, kunjungan yang tak henti-henti. Rata2 pengunjung membeli buku Keberanian Menggapai Harapan dan buku-buku lain yang berharga antara RM20 hingga RM30. Itu syarat wajib untuk masuk peraduan.

Semoga usaha murni ini mencapai hasratnya; 1. meningkatkan kelas pembaca, 2. menggalakkan lagi masyarakat untuk membaca. Tentulah berjaya, ribuan penyertaan diterima. Seronok, setiap kali mengosongkan kotak borang peraduan untuk diisi peserta lain pada hari berikutnya. Pasti ramai yang berdoa supaya dapat Myvi. Milik siapakah Myvi itu..?

*****

Tak Sabar Menunggu Pesta Buku Tahun Depan

Dua minggu lalu, saya sendiri telah mengisi borang permohonan gerai jualan untuk PBAKL ’10. Berkobar2 hati saya bila mendengar teman2 bercerita dan memuji usaha syarikat membangunkan minat membaca masyarakat. Tumpang gembira. Tabik kat tuan punya idea… happening habis. Bertuah dapat bekerja dengannya!

Memang tak sabar, menantikan idea baru yang akan dibentangkan sebagai strategi jualan tahun hadapan. Harapan tentulah lebih baik daripada tahun ini. RM1 million tahun depan!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s