BINTANG DULU – TOMOK

Zaman sekolah dulu, ramai sekali menjadikan penyanyi remaja popular ‘Tomok’ sebagai penyanyi pujaan. Rata2nya dari usia 14 hingga 16 tahun meminati penyanyi bersuara sengau2 yang comel tu. Saya seorang darinya. Waktu itu Tomok dan kumpulannya, Newboy digemari dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang, LukaMu LukaKu Juga, Meraung dan Norkia. Pilihan saya, lagu Kejora – lebih mendayu dan sedih liriknya.

Tapi selepas perpecahan kumpulan Newboy, Tomok cuba bangun semula dengan kumpulan barunya – yang masih tak mengubah konsep asal Newboy dengan nama yang hampir sama juga, Newboyz.  Pun begitu, Tomok dan Newboyz tak dapat mengembalikan populariti lama bersama kumpulan Newboy dulu. Nama Tomok pula dah semakin tak kedengaran, selepas kemunculan artis realiti. Lagipun pendengar dah jemu dengan lagu ala2 ‘kanak2 baru start bercinta dan putus cinta’.

Selepas sepi beberapa tahun, Tomok dan Newboyz muncul lagi. Kali ini dengan konsep baru dan lagu yang lebih ‘dewasa’, sesuailah dengan ‘peminat lama’ yang sudah pun dewasa seperti mereka. Sayangnya lagu2 yang ala ‘Indon’ yang yang cuba dibawakan mereka, kurang mendapat perhatian. Suara Tomok makin ‘matang’ dan menyerlah – banyak kelainannya, terutama lagu Pupus. Jauh beza dengan suara sengaunya ketika membawakan lagu Sejarah Mungkin Berulang. Pun begitu, peminat muzik tempatan seperti tak mengiakan perubahan Tomok.

Laporan akhbar menyebut, Tomok akan sertai One In A Million. Terkejut saya, tapi itulah caranya untuk dia membuktikan bahawa dia benar2 layak bergelar penyanyi/penghibur – bukan sekadar penyanyi lagu2 remaja yang dah season. Harapanlah, semoga dia berjaya. Setidak2nya dia mencuba!

 

Video: Sesi Audition Tomok dalam One In A Million

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s