JON & KATE PLUS 8

Diganggu oleh panggilan telefon agen rumah Villa Wangsa Mas (bukan saya nak beli atau nak sewa) menyebabkan saya bangun awal pagi ini. Awal2pun, matahari dah menjengah juga… Terus saja bersarapan di depan TV dengan yang lain2. Tiada siaran yang menarik di TV1, 2 mahupun 3. Cuti2 ni, siarlah citer2 yang best2 sikit. Beralih tengok channel antarabangsa – Travel & Living.

z166411389

Best betul! Kisah benar, Jonathan Keith Gosselin dan isterinya Kate Irene Gosselin membesarkan anak mereka – lapan kesemuanya.  Mulanya mereka cuma ada dua anak kembar, Cara Nicole dan Madelyn ‘Mady’ Kate . Kemudian mereka mendapat 3 pasang bayi kembar, 3 lelaki dan 3 perempuan. Namanya Alexis Faith, Hannah Joy, Aaden Jonathan, Collin Thomas, Leah Hope dan Joel Kavin. Kelahiran enam bayi ini mengejutkan ramai pihak.  Kesabaran Joh melayan anak2nya yang berbagai kerenah memang sesuatu yang mengujakan. Kate pula mungkin sudah biasa menjaga anak2 kecil yang pelbagai ragam memandangkan pengalamannya sebelum itu sebagai jururawat.

Saya memang tertarik sangat melihat anak2 kecil yang banyak kerenah dalam cerita tu. Macam2 perangai. Kesian tengok Kate dan Jon, susahnya bila bershopping. Mana nak kejar anak takut terlepas, nak melayan anak yang sakit perut, yang nak minum, yang berlari2, yang bermain2 dan yang asyik bercakap tak henti2. Saya yang tengokpun mengeluh beberapa kali. Tuan punya badan tak taulah… mungkin berjuta kali.

Tak cukup dengan tu, di rumah pula Jon dan Kate nampak lebih sukar. Terutama ketika anak2 kembar ni nak diberi makan. Seorang demi seorang perlu dilayan. Time2 tulah ada yang merenget, menangis dan melawan. Mujur juga ada yang  mengikut cakap. Ada yang menurut, ada pula yang dah boleh diharapkan membantu menjaga adik2 (Cara dan Mady).

jon_and_kate_plus8Camna susahpun Jon & Kate nampak happy menghadapi semuanya. Walaupun kadang kala bertekak sesama sendiri atau menjerit marahkan anak2 yang nakal, tapi semua tu macam menyeronokkan saja. Tu lah keluarga bahagia.

Teringat pula ayat ni, “ibu ayah boleh jaga sepuluh anak, anak belum tentu dapat jaga ibu dan seorang ayah”. Semoga saya dan anda tak lupa pada  ibu dan ayah di kampung.  Harap kita semua bukanlah anak yang mengabaikan kedua ibu bapanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s