KHABAR GUMBIRA

Teman baik saya, Izan singgah sembentar di rumah. Nak hantar kad kahwin rupanya. Amboi, rasa special lak saya. Siap antar invitation card sampai kat rumah i lagi…

Tahniah Izan. Akhirnya Izan dan jejaka pooohjaan hatinya berkahwin juga. Dah bertahun ber’kapel2’an masa di UiTM dulu, haruslahhh nikah cepat2. Lagipun Izan dengan Bob dan memang nampak padan sangat dah, badan dah sama saiz. Cam no ni Izan? Tapi Izan pehh… nampak seksi sangat. Betul kata orang, orang gempal ni seksi, nampak hots!

Izan sebenarnya antara kawan baik saya. Kami satu kelas dari sem1 lagi. Pastu duduk di kolej yang sama lak. Teman lepak2 zaman susah senang time jadi student dulu. Bob pulak satu program sama, cuma lain kelas. Saya tak ingat bila Izan dan Bob mula serius bercinta2an. Yang pasti Izan happy dengan Bob. Saya pasti Bob juga.

Selamat kahwin kengkawan. Moga u all berdua happy sentiasa dan bahagia till anak, cucu, cicit dan lain2lah.

Cakap pasal kengkawan, saya dengan Iza, Izan, Mickey, Budi dan Bob memang rapat giler (masa time study). Teman lepak-melepak. Malangnya bila masing2 dah bekerja, dah tak ada lagi masa nak berjumpa. Mickey di BH – buat marketing, Budi pula di Melaka – kerja di pejabat kerajaan (tak tau jabatan apa), Bob jadi Pegawai Penerangan, Iza lak di Maybank, Izan kerja dengan syarikat pembekal bahan buat jambatan dan jalan raya (officenya di Wangsa Maju juga) tapi tak pernah dapat berjumpa dengan saya. Saya pula masih di tempat yang sama, kat Wangsa Maju ni lah.

Kesibukan masing2 membataskan aktiviti kami. Tambahan pulak bila ada yang dah beranak beristeri dan bergf2 berbf.  Mickey baru menimang anak sulungnya, tahniah. Budi pula telah ada teman wanita – khabarnya cik nurse manis, Bob pulak asyik masyuk dengan Izan, dan Iza yang dah ada yang ‘special’. Saya doakan yang terbaik untuk semua, walaupun kita jarang jumpa.

Nway selamat mengakhiri zaman solo Izan dan Bob. Selamat ‘bakal’ menamatkan zaman solo untuk Budi dan Iza (tak tau lah bila kan..). Mickey pulak, tahun ni bolehlah sambut father’s day.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s