GENG: PENGEMBARAAN BERMULA (UPIN & IPIN)

Terpanggil menulis mengenai hal ini selepas menonton ‘Di Sebalik Tabir… Geng: Pengembaraan Bermula (Upin & Ipin)’ buat kali ketiga, minggu lalu. Dah jadi kebiasaan untuk saya tonton ‘the making…’ filem baru, sebelum saya menontonnya di pawagam. Bukan apa, cuma rugi rasanya menonton filem yang tak best di pawagam. Beli VCD atau DVD dan tonton di rumah lagi baik – kalau filem tu sekadar ada aje. Tapi kalau filem tu bagus dan best, saya tak kisah untuk menontonnya berulang kali di pawagam. Untuk filem Upin & Ipin ni… ada sikit sedih. Dua hari, Sabtu dan Ahad saya ke KLCC (TGV) tiket wayang habis. Siut tak dapat tengok, tengoklah Ong-bak.

geng00

Apa yang saya nak ceritakan sebenarnya bukan pasal filem tu, tapi pasal Les’ Copaque Production. Saya menonton ‘di sebalik tabir’ filem ni kerana seronok tengoik filem ini dihasil atas usaha gigih graduan muda dalam bidang teknologi multimedia, grafik dan yang seangkatan dengannya. Setiap kali menonton, setiap kali itulah saya fikir bertapa mulianya hati peneraju syarikat tu kerana memberi peluang kepada lepasan IPTA dan IPTS yang kurang pengalaman untuk membina pengalaman membangunkan sebuah filem animasi hebat negara.  

Sejak sebelum saya tamat pengajian lagi, saya selalu dengar tentang kebanyakan syarikat hanya mahu menggaji kakitangan yang berpengalaman, sekali gus menutup peluang graduan yang baru tamat pengajian. Ada juga syarikat yang sanggup melambai tangan dan buka pintu pengalaman untuk graduan ini – Les’ Copaque Production. Alhamdullillah, rezekinya RM5 juta untuk dua hari tayangan filem ini. Bukanlah semua syarikat tak mahu ambil orang muda, tapi memang banyaklah syarikat yang meminggirkan lepasan IPT yang setahun jagung pengalamannya. Kalaulah ada banyak lagi syarikat2 macam Les’ Copaque Production ni, kuranglah kadar pengangguran.   

Saya tak pasti detailnya, maafkan saya kalau tersalah – tapi apa yang diusahakan oleh Les’ Copaque Production pada saya tepat dan memang berbaloi. Maksud saya, Les’ Copaque Production telah menarik minat orang ramai (masyarakat) menerusi siaran kartun Upin & Ipin selama lima minit, dari tahun pertama 2007 dan tahun berikutnya. Di situ Les’ Copaque Production dah berjaya memikat hati dan mula mempengaruhi minat masyarakat. Bonus besar pula, apabila Les’ Copaque Production memenangi beberapa anugerah menerusi siri kartun Upin & Ipin. Selepas dua tahun Les’ Copaque Production, bila kartun animasi Upin & Ipin siap difilemkan – tentu sekali mampu membawa masuk penonton berpusu-pusu ke pawagam untuk menonton filem animasi terhebat keluaran syarikat mereka. Tambahan pula jalan cerita yang menarik dan teknik animasi yang cantik. Sebut pasal cantik, filem ni memang cantik.

Sejak tayangannya 12 Februari lalu, pihak media juga tak henti2 memuji dan mengetengahkan cerita tentang filem ini – terutama media cetak. Media eletronik pun ada juga. Sabtu lalu Hot’s FM juga menjadikan filem ini sebagai topik perbualan antara DJ dengan pendengar – banyak pendengar yang memberi komen memberangsangkan. Pehh… hebat filem ni!

Cerita pasal Upin & Ipin, saya mula menonton kartun animasi ni bulan puasa dua tahun lalu. Peh.. geram setiap kali menonton. Masa tayangan cuma lima minit. Ada ke patut? Sekarang lebih kerap saya tengok, maklumlah dah ada VCD untuk setiap episod. Watak yang paling saya suka, bukan Upin, bukan juga Ipin tapi… Kak Ros. Itulah watak kakak sebenar. Betulkan? Betul (3x)

Advertisements

3 thoughts on “GENG: PENGEMBARAAN BERMULA (UPIN & IPIN)

  1. Wah..memang syok citer ni…Memang berbaloi…Apa2 pun saya tak sabar nak buat aktiviti perpustakaan: tayangan citer bersiri upin & ipin..Puas hati la tengok wayang, dah view cantik, grafik fulamak…hebat…Tahniag pada Les’ Copaque di atas hasil kerja yang mantoooop….So, sokonglah industri perfileman tempatan…Harap2 filem ni dapat menembusi pasaran luar negara plak…InsyaAllah…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s