MINGGU R&B

 

TETAMU YANG GEMAR ‘STADO’ – [25 JAN 08]

Time2 cuti tentulah saya akan melepak di rumah, tengok TV dan hari tertentu ke office untuk buat apa yang patut. Teringat pulak majlis perkahwinan Firdouse, maaflah tak dapat hadir. Apapun moga Firr bahagia hingga ke akhir hayat bersama isteri tercinta.

Petang itu saya dapat call dari K.Ij, nak cari port untuk study, supaya tak da orang yang kacau. Saya kata kat ghumah pun boleh, coz saya sorang2 je time cuti ni – yang lain dah pulang ke kampUng halaman, berbakti untuk keluarga tersayang. Sejam kemudian, K.Ij dan K.Yat tibalah di rumah saya.

Malam tu lepas kitorang balik dari kedai Pakcik Kelate – makan malam, saya ingat K.Ij akan start study. Jadi I dan K.Yat malaslah nak kacau dia. Kami pun amek bantal dan lepak2 depan TV. Kami lepak, K.Ij pun sibuk nak lepak. Akhirnya… dah boleh diagak – dia bukan study tapi ‘stado’.

Apapun, saya layan ala kadar jelah tetamu saya yang berdua tu. Bukannya saya pandai nak masak2 untuk diorangpun… Harap mereka seronok dan tak serik datang lagi k…

 

***

 

HARI RAYA  [28 JAN O8]

Saya bukan nak ucapkan Selamat Hari Raya ‘Dong2 Cheng’ (sempena sambutan Tahun Baru Cina), cuma nak mengguna pakai apa yang K.Yat katakan pada saya pagi tadi. K.Yat kata, “Boss tak da, maknanya Hari Raya (merujuk kepada saya yang akan tiada Boss selama tiga hari di office – Boss bercuti)”.

Mulanya saya setuju dengan K.Yat, yang saya terfikir waktu tu, tentulah saya tak akan dengar Boss menjerit panggil saya dalam tiga hari ni. Yolah… sampai tengah hari jelah saya bertahan dengan keadaan itu, menjelang petang ada banyak perkara yang perlu dirujuk dengan Boss. Jadi terpaksalah saya mengirim e-mel dan SMS untuk dptkan maklumat daripada Boss. Tu yang susah kalau Boss cuti…

 

***

 

BLOG BUKAN WEBSITE

“Semua blogger kita dan update dengan aktiviti kita, website tak pulak..” cam tulah yang Encik Raz cakap pada saya, Wan dan Bell tentang kandungan laman web. Sebagai ‘tukang masuk content’ untuk laman web ITNM memang kenalah saya menjawab benda tu.

Hakikatnya menulis, muat naik dan mengubah bahan di blog tidak sesukar di laman web. Laman web terikat dengan formatnya, ruangnya dan kandungannya mesti menepati keperluan organisasi. Laman blog pulak – tak ada yang boleh, tak ada yang tak boleh, tak terbatas, tak bersyarat dan tak terikat dengan apa2 format.  Kerana itulah bahan2 diblog selalunya lebih cepat berbanding laman web. Yalah bahan tak perlu diedit atau ditapis dan tak perlu bahan grafik.

Laman blog adalah laman individu yang isinya selalu berbentuk peribadi. Ada juga beberapa orang pelawat laman saya ini menegur bila saya mengirimkan sesuatu yang mereka tidak setuju atau tidak suka atau rasa cam tak sesuai, tapi pada saya laman blog lebih untuk menyampaikan peristiwa atau perkara yang dihuraikan menerusi pandangan dan harapan peribadi yang jujur. Jadi bila ditegur, saya cuma senyum saja dan dengar apa yang mereka nak kata. Sebenarnya saya suka sangat dengan respond dan komen2 yang diberi. Terima kasih kepada semua pembaca laman blog saya ni…  blog tetap blog!

 

***

 

SIDANG ILMU DI TERATAK HR

Jam 9.50 malam saya dah angkat kaki untuk balik rumah. Yang pasti saya dah terlepas menonton Anak Buluh Betung, sebuah drama bersiri seram baru di TV9. Di pintu masuk nampak kereta A.Syed (suami K.Yat) sebelah kereta office. Tentu A.Syed sedang mengajar K.Ij (subjek bussines economic). Macam tahun lepas, bila K.Ij hadapi kesukaran dalam apa2 subjek yang dipelajarinya – K.Ij akan merujuk kepada A.Syed. Maklumlah orang tu ada Master (dalam finance).

Saya naik semula ke aras 2, niat dihati saja nak kacau K.Ij yang sedang tuisyen dgn A.Syed… tak jadi la pulak. Saya pulak yang akhirnya melekat mendengar apa yang diterangkan oleh A.Syed. Selain memperkatakan tentang penyediaan assignment K.Ij (tajuknya mengenai kewangan islam – fokus kepada sistem perbankan islam), A.Syed juga bercerita tentang beberapa perkara lain – pemimpin, pentadbiran & pengurusan, kepercayaan kepada kakitangan majikan dan unsur jemaah dan silaturrahim.

A.Syed bagitau sekarang yang dia aktif mengisi laman web miliknya dengan artikel2 yang ditulisnya sendiri mengenai pentadbiran, perniagaan, pengurusan dan yang berkaitanlah. Rupanya A.Syed jugak selalu update blog peribadi dan blog ahli keluarganya. Siapa sangka K.Yat ada blog… dia sendiri pun tak pernah buat apa2 pada blognya. Pehh… poyolah K.Yat ada blog tak kasitau!

Sebenarnya saya terlupa nak bagitau kat A.Syed – supaya jangan risau atau susah hati kalau K.Yat balik lambat dari pejabat, saya akan hantar K.Yat balik rumah. Saya janji! Macam tu jugaklah kalau K.Yat ikut aktiviti kami ke mana2 (yalah K.Yat ni selalu join projek kitorang…). Apapun terima kasih untuk A.Syed untuk sidang ilmu tu. Banyak yang saya belajar. Mungkin kita patut buat lebih kerap.

 

***

 

USTAZAH RABE’AHTULZINI DI NZ CURRY HOUSE

Dah beberapa malam saya tak lepak di NZ, tak de geng. K.Ij sibuk dengan assignment, K.Yat sibuk dengan store buku, saya lak nak settlekan SKT dan muat naik news baru dalam laman sesawang office, Boss lak cuti – berkhidmat di rumah untuk keluarga@suaminya yang tercinta. Pehh…ayat gua…

Alih2 petang tu Boss saya masuk office lak. Saya dah agak dah, coz saya dah terbau ‘bau Boss’ sejak pagi lagi…

Malam, past dengar impian PBAKL 09 yang Boss citer – agak terlewat nak gi NZ, tapi sebab perut dah berbunyi ala2 rock kapak Jinbara – saya pun ajaklah member2 lain ber’R&B’ (rehat & berpoya-poya) di kedai mamak. K.Ij okey je, K.Yat (kena tanya A.Syed dulu) nasib baik A.Syed bagi dia ikut – asalkan saya antar balik. Boss gua, dia kupu2 hari tu – so tak da masalah. Jam 8.30 kitorang dah GONE (sebut ala2 Nabil Raja Lawak) dan muncul di port lepak paling santai di Wangsa Maju – NZ atas bukit!

Macam2 citer kami malam tu. Tapi kami memang tunggu citer Boss, citer dia memang selalu ditunggu2 – sebab citer dia, citer klakar hampezzz. Puas bercerita, tetiba Boss saya tukar jadi Ustazah Rabeahtulzini, bagi nasihat pasal cinta. Saya sebenarnya nak tanya… “Boss ni cakap untuk siapa? Saya ke? K.Ij ke? K.Yat? Tak mungkinlah kut…” Tak pa, saya anggap je Boss beri ayat penyata – dia nak menyampaikan sahaja, bukan untuk sapa2. Nway thanks to sumer yang selalu kuar berR&B dengan saya. Jom kuar lagi nanti.

Ustazah Rabe'ahtulzini
Ustazah Rabe’ahtulzini

Gambar gelap – kerana ustazah tak bertauliah

 

 

p/s: Eachah tak nak join the group ker?

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s