SN ARENA WATI DALAM KENANGAN

Sabtu lalu, Buletin 1.30 (siaran TV3) menyiarkan laporan mengenai Sasterawan Negara (SN) Arena Wati yang telah kembali ke rahmatullah setelah beberapa bukan menderita penyakit barah paru2. Pemergian beliau pastinya menjadi kehilangan besar bagi barisan pejuang sastera tempatan.

images

Saya antara yang meminati karya beliau berjudul Panrita. Novel beliau itu saya baa ketika ditingkatan dua, ketika itu saya sendiri tak tahu bahawa penulisnya adalah seseorang yang bergelar Sasterawan Negara. Yang saya ingat, ketika itu buku itu mengajar sesuatu – setiap yang berlaku itu akan dihitung dan tuhan memberi sesuatu sebagai petanda agar kita bersedia menerima balasannya  di akhirat kelak. Pertama kali saya berkesempatan bertemunya ialah pada satu pertemuan yang dianjurkan ITNM bersama Sasterawan Negara dan Pemenang Anugerah S.E.A. Ketika itu, saya terlibat menguruskan pertemuan tersebut. Sempat jugalah bersalaman dan berbual dengan beliau. Malah pernah sekali menghubungi beliau, itupun kerana membantu Dayat mendapatkan maklumat berkaitan.

Berikut sedikit sorotan biodata mengenai SN Arena Wati agar anda dan saya mengenai dan mengingati hero kita ini, hero melayu (walaupun bukan kelahiran Malaysia) yang berjuang dengan pena dan karya sasteranya untuk masyarakat tempatan…

SN Arena Wati atau nama sebenarnya Muhammad Dahlan bin Abdul Biang lahir pada 30 Julai 1925. Beliau menerima anugerah dan bergelar Sasterawan Negara pada tahun 1988. Selain Arena Wati, beliau juga menggunakan nama Duta Muda dan Patria sebagai nama penanya.

Beliau lahir di Makasar, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum Perang Dunia Ke-2 bermula. Semasa Perang Dunia Ke-2, beliau menjadi pelaut dan pengalamannya seringkali dijadikan bahan penulisan sehingga menghasilkan novel yang baik. Beliau kemudian menyambung dan menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.

Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan di Singapura, kemudiannya ke Johor dan Brunei. Beliau kemudian bertugas di Pustaka Antara, yang berpusat di Kuala Lumpur. Di situlah Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan, iaitu  sekitar tahun 1954 selain turut menjadi editor. Kebanyakan karya Arena Wati berbentuk akademik, imiginatif, mencabar minda dan kritikannya pedas dan berbisa.

Novel pertama SN Arena Wati ialah Kisah Tiga Pelayaran yang diterbitkan tahun 1956 dan seterusnya Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga Dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993) dan Sukma Angin (1999).

Lain-lain karyanya ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991), Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002).

Armageddon (2004), Kutukan Dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004), 7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).

Kebanyakan karya beliau mempunyai tema permasalahan kelompok bawahan dan berkisar mengenai nasib atau pembelaan terhadap golongan tertindas yang digarap dari pengalaman merantau dari pulau ke pulau di Nusantara.

Beliau mula mendapat pengiktirafan setelah menerima “Anugerah Penulisan Asia Tenggara 1985” (SEA Write Award) daripada Paduka Raja Thai. Kemudian barulah beliau dianugarahkan Anugerah Sasterawan Negara (1987), menenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99 melalui Sukma Angin (1999) dan menjadi pemenang Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA) 2003.

Semoga Allah SWT memberi rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

Advertisements

4 thoughts on “SN ARENA WATI DALAM KENANGAN

  1. Assalamualaikum Salina,
    Buku Panrita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, tahun 1993.
    Tahun lalu saya lihat buku itu, masih dijual di Koperasi DBP, cuma tak pasti masih ada lagi atau tidak. Mungkin saudari boleh hubungi mereka di talian 03 – 243 3504.
    Saya harap saudari dapat menemui buku ini.

  2. Pingback: Trivia Shi & Kisahnya: #3 Post, Yang Dibaca dan Pelawat | shi & kisahnya...

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s