LAWATAN PELAJAR2 UIAM

Bila saya diberikan surat mengenai lawatan pelajar dari Pusat Asasi UIAM dengan catatan nota K.Atie (tentang arahan daripada Big Boss) saya terima jelah.. walaupun dalam hati.. “hal event tak settle lagi, nak incharge lawatan lak..”. Pastu sebab lawatan ni 23hb – tiga hari selepas event lancar buku Politik Baru. Saya decide akan buat semuanya selepas settlekan event Politik Baru.

Selesai je event Politik Baru, saya pun cari team untuk set up dewan, audio visual, presentantion daripada boss2 dan jamuan. Mujur team yang sedia ada ni banyak membantu. Abg Kurus bantu settlekan tempat makan dan dewan, Wan dan Arip cukup set up sistem audio visual, Boss dan K.Niza serta Puan Siti tidak menolak bila diminta buat presentation tentang unit bawah seliaan masing-masing (mana boleh tolak). Bab jamuan, Malie dan K.Senah bantu saya dapatkan caterer yang murah dengan food yang sedap! Sajian Emas, pernah beri khidmat katering dengan ITNM dulu, beberapa kali… Deal dengan wakil pelajar untuk program lawatan ni ada sikit sakit hati… Diorang ni, ada bunyi ‘belagaks’ sikit. Apa pun bukanlah masalah bagi saya.

Pagi sebelum rombongan lawatan tiba, Boss kasitau dia tak dapat nak buat presentation. Pehh… apa gua nak buat? Saya tak kisah langsung untuk buat presentation tu, cuma rasa gugup saya akan membataskan apa yang otak saya aturkan. Lagi satu saya tak nak jadi joker kat atas stage! Yang pasti bila tiba masa, Boss dah OK pulak utk buat presentation. Ni yang gua geram…!

Pelajar2 perempuan minta untuk tinggal di ITNM sementara menunggu pelajar2 lelaki solat jumaat.  Akhirnya saya tinggalkan pelajar2 perempuan di aras dua… hampir dengan surau, diorang nak tidur. Diorang juga sempat minta saya carikan ‘Encik Anuar yang ex-UIA’, nak tanya something pasal ITNM katanya – saya jawab.. “dia dah gi sembahyang Jumaat dah dik, kalau nak tanya apa2 pasal ITNM tanya kat staff2 ITNM yang lain pun boleh, tak payah tunggu dia…” senyum jer adik2 tu dengar jawapan saya. Hampez ni mesti case nak mengorat!

Pastu, saya lak angkat kaki lepak dengan geng (K.Ij, K.Atie, Eachah dan Boss) gi makan di tempat baru – tempat yang ada jual air kelapa sebab Boss teringin nak minum. Syukur semuanya lancar. Pelajar2 Pusat Asasi UIAM ni pulang kira2 jam 2.45 petang.

Advertisements

One thought on “LAWATAN PELAJAR2 UIAM

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s