LANCAR BUKU POLITIK BARU

Minggu lalu, tumpuan saya dan rakan sekerja adalah Majlis Pelancaran Politik Baru. Buku karya Dato’ Saifuddin Abdullah ini kami lancarkan pada 20 Januari 2009 (Selasa) di Shangri-La Hotel Putrajaya. Xcited, bimbang dan berbaloi. Tapi hasilnya tidak menghampakan.

Xcitednya saya me’ngerjakan’ pelancaran buku Politik baru ini kerana sepanjang menguruskannya saya berdepan pelbagai perkara. Mungkin kerana majlis ini dilancarkan oleh Timbalan PM yang bakal jadi PM. Walaupun pernah terlibat menganjurkan acara melibatkan PM semasa di UiTM dulu (yang acaranya lebih gah), tapi kali ini saya meletakkan komitmen yang berjuta kali lebih tinggi. 

Jiwa tak tenang, dihimpit perasaan bimbang. Itu yang saya rasa ketika membantu menguruskan hal2 pelancaran ini. Dari sekecil2 benda hingga sebesar2 replika buku Politik Baru (12 kali ganda dari saiz asal). Biarpun saya buat kerja yang hampir sama setiap kali ITNM anjurkan event, tapi mistake yang terjadi boleh jadi macam2. Macam yang saya selalu cakap dengan adik2 saya… “mistake happeng without planning..(sebutan ala2 loghat Kelantan/Terengganu)”. Tak ada siapa yang merancang untuk buat kesilapan, adakalanya kita tak menduga ia akan jadi kesilapan. Jika kita tahu kita akan buat kesilapan, tentu kita akan bersedia. Kesilapan adalah ilmu untuk dipelajari.  Yang penting kita perlu berani mengakui kita telah membuat kesilapan (kadang2 kita terpaksa mengaku ‘itu’ silap kita, walaupun kita rasa ia bukan silap kita) dan berusaha mengatasinya, saya suka buat sendiri.

Bimbang saya makin kuat sehari sebelum pelancaran. Satu demi satu benda tak menjadi. Mula dengan buku program (sekarang kebanyakkan agensi/syarikat dah tak buat – kerajaan sahaja yang mesih menyediakan buku program ini, tu pun sebab diorang perlu menghabiskan duit kerajaan..). Advanco menolak kerja mencetak itu di saat akhir. Mereka dah tanggung kerugian, dah cetak buku program tu lebih dari 1800 salinan – tapi masih tak tepat margin depan dan belakang. Ia hanya tepat jika di cetak satu demi satu. Kata bos dia,”kita sudah buang masa, kita sudah buang duit, budak2 kita sudah penat, kita tak buleh buat. U ingat ini laser printer sama dengan ofset printing ka? “. Dengan ‘angin’ yang penuh di kepala, saya minta juga mereka cetak sekali lagi.

Bimbang lagi… siap 300 salinan, kepala saya berbelit2 pikir macamna den nak potong. Hari semakin malam dan kerja2 melibatkan kemahiran tangan ni bukanlah kepakaran saya. Untung jugak malam tu, Boss menunggu saya di luar kedai – mungkin nak memujuk atau nak menenangkan keadaan selepas krisis kami petang tu… dapatlah saya tarik nafas semula dan jernihkan apa yang patut. Malam tu jugak saya mengerjakan buku program. Mujur Bell, Ain dan Mai bantu saya lipat esoknya. K.Senah dan K.Yat juga selesaikan kerja2 mem’packing’ cenderamata hari yang sama. Kesian kat diorang, apa2 event pun, bab buat cenderamata ni mesti diorang kena buat berdua – dah tiba masanya mereka minta bebudak lain kat unit mereka untuk bantu. 

Settle buku program, tiba kepada hari set up. Kali ini marah dan bimbang! Marahnya den, contractor yang dilantik lambat sampai. Janji nak pasang jam 11.00 pagi. Saya sampai jam 5.00 petang, diorang tak sampai2 lagi. Kontraktor sampai jam 5.30 petang dan janji siap set up jam 8.00 malam kerana Dato’ Saifuddin akan lihat lokasi malam tu. Bimbang saya tak berapa terkesan malam tu sebab Dato’ Saifuddin ni jenis yang sempoi. Dia tak komen banyak pun dan setuju saja. Yang pasti dia suka dengan apa yang disediakan untuk lancarkan buku dia. Alhamdullillah.

Bimbang seterusnya kerana K.Ij dan K.Yat tak sampai2 lagi di hotel. Janji kuar office jam 5.00, tapi masih tak sampai2, sebab menyinggah di banyak tempat. Big boss dan Dato’ Saifuddin menanti mereka untuk dapatkan senarai  jemputan – terpaksalah den calling2 minta mereka bacakan senarai jemputan yang confirm hadir… Sian K.Yat kena membaca dalam gelap. Sampai Encik Khair dan Dato’ Saifuddin balik pun diorang tak sampai2 lagi. Akhirnya diorang call dan beritahu – diorang sesat. Dah agak dah! Itulah K.Ij sepesen je dengan saya – selalu sesat.

Esoknya hari majlis, bimbang kerusi tak cukup. Jemputan yang hadir melebihi 450 orang. Dari jamuan untuk 200 orang kita tambah lagi sampai 400. Cenderamata pun tak cukup, yalah sebab kita buat cukup2 je. Mujur service Shangri-La bagus. Minta tambah food diorang tambah dengan cepat, minta tambah kerusi pun mudah. Tapi memandangkan ball room Shangri-La ni kecil, tambah kerusi pun tak dapat menampung jemputan yang ramai. Apa pun saya sempat menambah kerusi untuk VIP.

Event tu berlangsung dengan OK. Berbaloi ITNM keluarkan budget yang besar untuk event ni, hasilnya ‘wallah’. Khabarnya kos menganjur majlis ini akan dibiayai oleh Dato’ Saifuddin sendiri, apa2lah… asalkan impaknya juga mengena ITNM. Banyak juga paper cutting yang saya potong pasal event tu. Walaupun bukan semuanya mengenai event atau ITNM, tapi adalah yang tersangkut sikit2.

Yang lain pasal event ni… 

1. ramai sangat bodyguard TPM – sampai ada pintu masuk dewan yang dikawal mereka. Jurukamera dan jurugambar pun di sesetengah tempat tak dibenarkan ambil gambar TPM.

2. Pertama kali event yang saya terlibat tak cukup cenderamata

3. Jemputan yang hadir melebihi anggaran

4. 200 buku yang dibawa untuk jualan habis

5. Emcee yang pehh… Menurut Boss saya MC ada menyebut …”tanpa sokong ITNM, majlis ini tidak dapat diadakan …” – pehh! tak patut siot kerana kami bukan sekadar menyokong, kami yang menganjurkan acara itu! Kesalah keduanya ketika annaunce Datuk Sri Najib as our PM – belum lagi la…

6. Kami (AJK pelaksana majlis) tak dimaklumkan kehadiran rombongan dari pahang, pelajar UIAM, Pelajar UniKL, alumni MCKK yang jumlahnya sangatlah banyak. Justeru jadilah benda2 spt kerusi tak cukup, ramai kena berdiri di luar, kena tambah makanan dan lain2.

7. Kali ni ITNM tak bagi t-shirt lagi sebagai cenderamata. Cuma sekadar miniature buku Politik Baru.

8. Satu-satunya acara ITNM yang Encik Raz tak kelihatan dalam dewan. Dia tak dpat masuk  kerana pintu satu dan dua penuh dengan wakil media dan bodyguard Datuk Najib.

9. Pertama kali majlis anjuran ITNM VIP pun kena tunggu kerusi untuk duduk.

10. Saya tak nampak Puan Siti dan Encik Meg pun kat majlis ini.

Advertisements

2 thoughts on “LANCAR BUKU POLITIK BARU

  1. Mereka (Pn. Siti dan En, Megat) dah bersiap nak pergi tetapi tuntutan kerja di bahagian terjemahan dan unit buku menyebabkan mereka tak dapat pergi. First even yang mereka tak hadir kan?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s